Wednesday, May 2, 2012

Analisis Bersih 3.0 : Dari Mata Kedua...





Empat hari selepas Bersih....

 

Artis juga turut serta dalam Bersih 3.0 2012
"Berkorban apa saja, jasad ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia..."

Hulu Selangor :Mungkin ramai yang mengetahui lirik tersebut adalah lirik lagu Berkorban Apa Saja, hasil ciptaan dan gubahan seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee A.M.N, Lirik lagu tersebut ditulis oleh Dato' Jamil Sulong untuk filem Hang Tuah (1956) yang diarahkan oleh Phani Majumdar, Pokoknya, S99 bukan ingin bercerita berkenaan lagu tersebut. Sesungguhnya lagu tersebut tiada kaitan langsung dengan analisis yang ingin saya sampaikan, akan tetapi tahukah anda maksud di sebalik lirik lagu berkenaan? Kiranya anda di luar sana faham akan maksud di sebalik liriknya, adakah anda mengambil iktibar daripada lagu itu  serta filemnya??? Jawapanya ada di sekeliling kita, seperti kejadian Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang baru sahaja berlaku pada 28 APRIL 2012 bersamaan 6 Jamadilakhir, iaitu hari Sabtu.

Antara kejadian memalukan yang berlaku
JAM 09:00AM : Saya dan tiga rakan telah tiba di Bank Negara dan melihat keadaan sekitar. Kawasan stesyen KTM tersebut mula dipenuhi orang ramai yang berbaju kuning(Baju Bersih 3.0). Saya dan tiga lagi rakan mendapati pihak polis telah menutup beberapa jalan untuk ke lokasi Bersih diadakan, terutamanya Dataran Merdeka. Namun begitu, kami tetap berjaya sampai ke lokasi sekitar Dataran Merdeka tepat jam 09.46AM disebabkan kawalan pihak PDRM tidak bergitu ketat di sekitar jalan. Walau bagaimanapun kami dan para peserta Bersih tetap tidak boleh memasuki kawasan Dataran Merdeka kerana pihak PDRM mengawal ketat kawasan tersebut. Oleh itu, sekiranya ada gambar yang menunjukan kawasan Dataran Merdeka itu penuh ia adalah salah kerana hanya kawasan sekitar dataran sahaja yang penuh tetapi bukan di dalam kawasan dataran. Apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota Polis kerana membenarkan kami berhimpun ketika itu tanpa ada sebarang tindakan ganas dari Anggota Simpanan Persekutuan, dan Peserta Bersih 3.0 kerana menjaga kelakuan serta tatasusila mereka.

Gambar sebenar Dataran Merdeka pada hari itu

Pada mulanya kami berempat berhajat untuk pergi ke Masjid Negara iaitu salah satu tempat acara perhimpuan diadakan, tetapi kami terpaksa membatalkan hajat untuk ke sana kerana kawalan pihak PDRM bersama FRU semakin ketat dan ia menyukarkan langkah kami. Kami mengambil keputusan untuk kekal di sekitar Dataran Merdeka sahaja.

Saat pihak FRU mula menghalau peserta Bersih 3.0
Keadaan dimana perhimpunan bermula.
Selama kami berada di sekitar Dataran Merdeka(berhadapan pejabat DBKL)dari Jam 10:00AM hinga Jam 15:00PM, keadaan sekitar aman dan amat terkawal. Namun sekitar jam 15:15 ke 15:30 keadaan yang tadinya aman bertukar huru-hara kerana tindakkan kumpulan tidak dikenali yang berbaju Putih secara tiba-tiba muncul lantas merempuh sekatan PDRM. Tindakan itu menyebababkan Unit Amal berbaju Merah gagal mengawal peserta Bersih 3.0 berbaju Kuning yang turut ingin merempuh kawasan sekatan pihak Polis .Keadaan ini telah mencetuskan huru hara di perhimpunan yang tadinya aman telah bertukar ganas.

Ada pihak mengatakan kumpulan yang tidak dikenali berbaju Putih itu adalah angota polis yang cuba melakukan Provokasi
Apa yang amat dikesalkan pihak POLIS dan FRU telah memukul peserta dan menggunakan meriam air serta gas pemedih mata ke arah peserta, Akibatnya, pertempuran antara pihak Berkuasa dan Penyokong BERSIH 3.0 berlaku.
Azmin Haji Ali sedang berucap
Kesudahannya,  ada peserta yang cedera, pengsan  serta seorang anggota Polis telah meninggal dunia akibat sesak nafas(namun tidak diakui oleh pihak berkuasa). Jumlah kecederaan tidak diketahui tetapi kedua-dua pihak (Polis dan Peserta)turut mengalimi kecederaan.Bukankah ini kerja sia-sia sahaja? Seperti pepatah mengatakan "Yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang......"

Keadaan sebelum berlakunya kekacauan

 

Jadi, apakah anda dapat dari Perhimpunan yang tidak mendatangkan apa-apa makna ini? Adakah sekadar bermotifkan politik bagi pihak Kerajaan Biru, BN dan Kerajaan Kuning, PR? Siapakah yang benar? BN ataupaun PR?


"Siapakah yang benar? Aku atau Jebat?" 
Kata-kata terakhir Hang Tuah dalam filem 'Hang Tuah'

  
S99 : Mati Tuah kerana kesetiaan, mati Jebat kerana keadilan

Ken_G : Jangan jadi pelanduk di antara dua gajah yang bergaduh. Rakyat ada kuasa mengundi. Kalau tak suka, singkirkan saja.

3 comments:

  1. Dari sudut yang berbeza, Tuah dan Jebat ada benarnya.

    Dizaman itu, tanpa Sultan ( kesultanan dan stana ), Melayu akan menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu. Maka perlu bagi Tuah menamatkan derhaka Jebat. Korbankan Jebat untuk Melayu.

    Bagi Jebat pula, apalah ertinya kewujudan dan kesinambungan, jika dihimpit kezaliman dan ketidakadilan. Nilai persaudaraan lebih utama.
    "Biar mati bergalang tanah dari hidup bercerminkan bangkai!"

    dan kata Tuah, " Aku tidak membunuh saudaraku Jebat, Aku hanya membunuh si Jebat Derhaka. Kau tetap saudaraku dunia akhirat wahai adikku Jebat"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuah dan Jebat....
      Apakah kita sebagai Bani Jawi(orang Kita la tu) mengambil iktibar disebalik kisah sejarah ini?

      Tiada gunanya kita mencari sipakah yang benar Tuah atau jebat, Yang kita perlu cari dan pelajari adalah disebalik kisah inilah bermulanya perpecahan dan disebalik kisah ini jugalah kita lihat yang mana Melaka, dahulunya sebuah Empayar semenajung Emas tumbang...

      Sebagai umat melayu kita sepatutnya lebih bijak untuk mencari keadilan, bukan dengan cara menderhaka dan kita juga perlu lebih bijak untuk memperbetulkan sesuatu perkara, dan bukanya setia membuta tuli...

      Delete
  2. Yang terdahulu, mencorak sejarah yang mencorakkan kehidupan kita hari ini. SEkarang giliran kita mengukir laluan susurgalur kehidupan tanpa sedar barangkali,bahawa kita sedang mencorakkan warna kehidupan pewaris kita nanti.

    Demokrasi....andainya penentangan terhadap badan pentadbiran yang dilantik secara demokrasi ( yg sebenarnya berlaku secara pincang )itu dikira satu penderhakaan, maka tiadalah demokrasi itu sebab semua kena patuh dan ikut siapa saja yang sedia ada.

    Yang salah adalah menentang Kerajaan Malaysia, bukan menentang sesebuah parti yang mentadbir ( yg seringkali disebut sebagai kerajaan ) !

    Jika atas nama keamanan, haruskah maruah, hak dan kebenaran serta pegangan menjadi korban ?

    Nah jika begitu, buat apa para pahlawan kita dulu bertumpah darah menentang Inggeris ? Bukankah lebih aman jika menurut. Malah mungkin kita jadi lebih untung tanpa kemerdekaan kerna mungkin jika di bawah kuasa takluk Inggeris, gaji kita dibayar dalam pound sterling....

    ReplyDelete