Di mana anda pada masa ini? (Gambar Hiasan) |
Satu hari selepas Bersih 3.0…..
Selagi lagi perjuangan untuk mendapatkan
pilihan raya yang adil dicemari dengan keganasan. Baik dari pihak polis mahupun
mereka yang berdemonstrasi, semuanya hanya dapat satu ; PENAT. Mengapa perlu begini?
Tuntutan tidak akan dipenuhi dengan keganasan semata-mata. Kita sepatutnya pergi
dengan ideologi sendiri dan bukan sekadar mengikut orang. Buka mata dan pasang
telinga, dan lihat sendiri kejadian yang berlaku.
Ini tidak sepatutnya berlaku.... |
Bila ada yang menimbulkan
provokasi, kita tidak sepatutnya mengikut sama, kerana sudah jelas pihak
penganjur menyatakan ini adalah PERHIMPUNAN AMAN. Akan tetapi, pekara
sebaliknya berlaku, sehingga ada kematian. Pihak polis yang hanya menjalankan
tugas hampir-hampir dipukul, begitu juga dengan penyokong perhimpunan. Sedar tak apa yang anda
buat sekarang? Tujuan langsung sudah lari. Sama saja kalau anda semua memukul
pencuri yang terikat. Tidak kira sama ada dia betul atau salah, yang penting
anda dapat ‘melepaskan geram’.
Kemunculan kumpulan berbaju putih
menjadi pencetus kepada keganasan yang berlaku. Kumpulan ini telah merempuh ‘barricade’
menyebabkan mereka yang lain berpusu-pusu cuba masuk. Bila tak dapat masuk,
mereka mula membaling botol kepada pihak berkuasa. Keadaan yang aman dari pagi mula
menjadi kucar-kacir. Akan tetapi, siapa pula mereka yang berbaju putih itu?
Jika mereka mahu melakukan provokasi, kenapa perlu menunggu lama untuk
dilakukan? Di sebalik kereta polis yang dipecahkan, timbul persoalan tentang identiti pemandu yang membawa kereta polis tersebut. Dikhabarkan bahawa pemandu kereta tersebut bertopi keledar serta berseluar pendek. Takkan polis pakai macam tu?
Banyak lagi persoalan yang akan
timbul jika kita memikirkannya dengan tenang. Yang pasti, keganasan tidak
membawa faedah.
Satoshi Ken_G : Ikut hati = mati, ikut rasa = binasa, ikut
syaitan = gelap masa depan..
Nantikan analisis dari mata kedua, mereka yang pergi sendiri….
No comments:
Post a Comment