Thursday, May 3, 2012

Analisis Bersih 3.0 : Dari Mata Ketiga II



Perbandingan Antara Perhimpunan Bersih dan Konsert, Karnival dsb….

Galaxy Celestial Bodies Sky
Jangan duduk di tengah-tengah...

Hairan? Kenapa isu ini diutarakan pula?

Ken_G mendengar komen yang diudarakan dalam media tentang Bersih 3.0, dan merasakan bahawa mereka yang memberi komen kebanyakannya menentang Bersih 3.0. Tak tahulah sama ada media hanya menyiarkan komen yang negatif sahaja ataupun mereka memang penyokong baju biru. Campur lelaki dengan perempuanlah, kesesakan lalu lintaslah, malah yang lebih dashyat mereka menyatakan yang perhimpunan itu HARAM. Kalau dibandingkan, ada banyak lagi konsert dan karnival macam JomHeboh juga menjurus kepada pekara yang akan saya sebutkan, tapi yang hanya membangkang cuma Tuan Guru sahaja. Ada betul?

Jadi, untuk mereka yang bebal di luar sana, di sini Ken_G akan menunjukkan perbandingan antara Perhimpunan Bersih dan konsert atau karnival yang anda semua agung-agungkan tu…..

Persamaan
  1. Ramai yang datang
Ini benda normal kalau satu peristiwa yang akan berlaku mendapat publisiti tak kira buruk atau baik. Mereka yang datang pula ada yang menyokong, membangkang, tak kurang juga hanya melihat. Macam biasa, ia ditimbulkan oleh perasaan ingin tahu. Jadi, kalau anda tak datang tengok sendiri, anda tak layak bercakap tentangnya….

  1. Lelaki dan perempuan bercampur
Ya, ini kenyataan yang harus anda terima. Kalau ada peristiwa yang mengumpulkan orang ramai sebegini, memang lelaki dan perempuan akan bercampur. Pekara ini boleh dielakkan sebenarnya, tapi disebabkan kedegilan kerajaan menjadikan pekara ini terjadi. Apa yang degilnya? Terus baca….

  1. Berkampung berhari-hari
Mereka yang terdiri dari penyokong tegar sanggup berkhemah berdekatan kawasan peristiwa bakal berlaku. Nak dapat ‘first seat’ kan?

  1. Kesesakan lalu-lintas
Ini pula berlaku disebabkan mereka yang tiada otak meletak kenderaan sesuka hati. Juga berlaku disebabkan sekatan jalan yang sengaja diletakkan supaya mereka yang ingin tahu dibiarkan terus tak tahu. Di mana pula kebebasan?

  1. Boleh menjadi tidak terkawal
Provokasi tidak sepatutnya berlaku, baik dari pihak penganjur, penyokong mahupun pihak berkuasa. Jangan kira siapa mula dulu. Kalau balik-balik satu lawan sepuluh, baik tak payah lawan.

Perbezaan
  1. Tujuan
Bersih : Ada 8 tuntutan perlu dipenuhi yang berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia.
Konsert/karnival : HIBURAN SEMATA-MATA. Tak dinafikan ada juga yang menjurus kepada Islam, tetapi penganjur hanya ada satu tujuan : DAPAT UNTUNG.

  1. Lokasi
Bersih : Ingin dilakukan di Dataran Merdeka, tapi tidak dibenarkan. Kemudian, lokasinya menjadi samara-samar apabila pihak berkuasa tidak memberi garis panduan yang tepat. Inilah penyebab “campur lelaki perempuan”. Kalau ada garis panduan yang tepat, bukankah pihak penganjur boleh menyelesaikan masalah ini?
Konsert/karnival : Mana-mana yang dirasakan sesuai. Kalau ada lokasi yang tepat pun masalah “campur lelaki perempuan” masih berlaku. Tiada pula suara-suara sumbang yang melarangnya…

  1. Interaksi
Bersih : Kalau kat Bersih nak berbisik pun tak boleh. Nanti mereka cakap ia adalah arahan untuk merobohkan pagar. Kalau berucap, nanti jadi provokasi. Jadi perhimpunan senyap le….
Konsert/karnival : Cakap le apa-apa pun, siapa nak peduli? Terjerit, terlolong macam orang gila pun tak kisah. Malah, ada juga tangan-tangan ghaib menjual barang-barang terlarang, tak kira yang ‘panas’ atau yang ‘sejuk’…

  1. Kehadiran mereka yang arif mengenai agama
Bersih : Sudah sedia maklum yang perhimpuan bersih dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz dan barisan penyokong yang Ken_G rasa arif tentang agama. Jadi, takkan berlaku masalah sosial, kan?
Konsert/karnival : Rasanya ustaz mana nak pergi konsert yang tiada faedah tu? Dah tentu mereka yang pergi mempunyai ideologi sendiri selain menonton konsert. Anda faham-faham sendiri lah….

  1. Publisiti
Bersih : Sudah tentu media hanya menyiarkan pekara yang buruk mengenai Bersih, baik sebelum, semasa atau selepas. Aktiviti promosi seperti memberi risalah dan menampal poster juga dilarang sama sekali, biarpun perhimpunan Bersih mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Konsert/karnival : Promosi besar-besaran. Kalau tampal poster sepanjang jalan. Iklan hari-hari main kat tv sampai kita naik muak tengok iklan tu.

Apa pendapat anda? Adakah anda rasa minda anda kering itu dibasahkan dengan fakta-fakta ini? Ken_G bukan suruh anda menyokong Bersih, tapi Ken_G mahu anda asah sikit pemikiran kita. Jangan dalam zaman serba teknologi ini, kita masih menganggap yang betul itu sentiasa betul dan yang salah kekal salah.


يَأُيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيْبُوا قَومًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ﴿٦﴾

(Surah Al-Hujurat Ayat 6)

Maksudnya :
"Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kejahilan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."

Ken_G : Tepuk dada, tanya selera, walaupun selera tak da….

S99 : Pandanglah dengan mata akal, lihatlah dengan mata hati, baru jumpa, apa yang di cari.

No comments:

Post a Comment