Wednesday, April 25, 2012

Hakikat Sebuah Cinta-S99

Tajuk : Hakikat Sebuah Cinta.
Dari : Shah S Ninety Nine @ S99.
Hakikat Sebuah kehidupan bila terhiris belum tentu terluka
Jika terluka belum tentu darah merahkan mengalir kesisi bumi
Andaipun merah warnahnya masih tidak pasti pedihnya mampu mengcengkam
Kiranya putih darah itu bak sangputeri Mahsuri sudah jelas berahir hayat ini
Hayat yang bagai tidak bernilai andai tiada nafas yang menghubungnya
Nafas yang lelah kiranya ia hujud kerana sukma yang tercalar tanpa sedar
Kerana mainan perasaan ingsan tidak mampu terkawal walau didamping akal dan nafsu
Kerana inilah Hakikat sebuah kehidupan

Andai dinding masa mampu ku putarkan
Andai kunci masa menjadi miliku
Andai juzuk kasih mamapu ku terjemahkan
Andai lafas rindu dikalbu ini mampuku dendangkan
Pastinya cinta itu mampuku miliki
Pastinya kasihkan tersimpul indah disanubari
Pastinya zikir hatiku bernada riang
Pastinya lenaku diulik kidungmu

Namun
Tiada sebuah kedamaian tanpa keperitan
Tiada sebuah kemerdekaan tanpa kematian
Tiada sebuah impian tanpa pengorbanan
Tiada sebuah cinta mampu dimiliki tanpa kekecewaan
Tiada sebuah kebahagiaan tanpa kehampaan
Tiada sebuah kelahiran tanpa penyatuan
Kerana Itulah Hakikat sebuah kehidupan
Kerana itulah hakikat sebuah cinta.




No comments:

Post a Comment