Sunday, April 29, 2012

Analisis Bersih 3.0 : Dari Mata Ketiga

Di mana anda pada masa ini? (Gambar Hiasan)

Satu hari selepas Bersih 3.0…..

Selagi lagi perjuangan untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dicemari dengan keganasan. Baik dari pihak polis mahupun mereka yang berdemonstrasi, semuanya hanya dapat satu ; PENAT. Mengapa perlu begini? Tuntutan tidak akan dipenuhi dengan keganasan semata-mata. Kita sepatutnya pergi dengan ideologi sendiri dan bukan sekadar mengikut orang. Buka mata dan pasang telinga, dan lihat sendiri kejadian yang berlaku.

Ini tidak sepatutnya berlaku....
Bila ada yang menimbulkan provokasi, kita tidak sepatutnya mengikut sama, kerana sudah jelas pihak penganjur menyatakan ini adalah PERHIMPUNAN AMAN. Akan tetapi, pekara sebaliknya berlaku, sehingga ada kematian. Pihak polis yang hanya menjalankan tugas hampir-hampir dipukul, begitu juga dengan penyokong perhimpunan.  Sedar tak apa yang anda buat sekarang? Tujuan langsung sudah lari. Sama saja kalau anda semua memukul pencuri yang terikat. Tidak kira sama ada dia betul atau salah, yang penting anda dapat ‘melepaskan geram’.

Kemunculan kumpulan berbaju putih menjadi pencetus kepada keganasan yang berlaku. Kumpulan ini telah merempuh ‘barricade’ menyebabkan mereka yang lain berpusu-pusu cuba masuk. Bila tak dapat masuk, mereka mula membaling botol kepada pihak berkuasa. Keadaan yang aman dari pagi mula menjadi kucar-kacir. Akan tetapi, siapa pula mereka yang berbaju putih itu? Jika mereka mahu melakukan provokasi, kenapa perlu menunggu lama untuk dilakukan? Di sebalik kereta polis yang dipecahkan, timbul persoalan tentang identiti pemandu yang membawa kereta polis tersebut. Dikhabarkan bahawa pemandu kereta tersebut bertopi keledar serta berseluar pendek. Takkan polis pakai macam tu?

Banyak lagi persoalan yang akan timbul jika kita memikirkannya dengan tenang. Yang pasti, keganasan tidak membawa faedah.

Satoshi Ken_G : Ikut hati = mati, ikut rasa = binasa, ikut syaitan = gelap masa depan..

Nantikan analisis dari mata kedua, mereka yang pergi sendiri….

No comments:

Post a Comment