Monday, December 17, 2012

Ku Intan Najihah-dari S99



Thursday, November 22, 2012

Bagai Nestapa

Dari aku...

Wednesday, November 7, 2012

Pensananku

Jika masa boleh di putar, Jika waktu bisa menantiku Jika hadir ruangan masa Jika aku sedang bermimpi Ingin ku ucap sayang bertalu Ingin ku dakap jasad yang suci itu Ingin ku rentasi jendela kasihmu Ingin ku sedar dari lenaku Dan akanku Ucapkan kasihku padamu Cintaku beribu untumu kasih sayangku Setegu dan sesuci Al-quran hingan aku Mati dan kembali di taman yang nyata kekal abadi... Pensananku jangan mati selagi aku tak mati..

Tajuk : Kau Wanitaku Penulis : Shah S Ninety Nine @ S99.


Tajuk : Kau Wanitaku
Penulis : Shah S Ninety Nine @ S99.

Indahnya Rembulan Memancar
Disebalik keangunan Wajahmu
Membuai Perasaan Tika
Menatap Matamu Sayang

Memancar Menerangi
Sudut Suara Hati yang
Tulus Bedegup Sayu
Setiap Kali Memujamu

Hanya Kerana Kau
Permaisuri Idaman Dunia
Hanya Kerana Kau
Seindah Seharum Sakura

Tiada Terdambar Jelmaan Bahagia
Andai Kau Ku Miliki
Kerana Kaulah Wanitaku
Gadis Yang Ku perlu

Tiada Rintangan Bisa menghapus Kasihku,Namun Hilangmu,
Hilanglah Naluriku, Hilanglah Kelakianku.Kaulah Wanitaku

Wednesday, October 24, 2012

Kiblat Cinta-Dari S99


Tajuk : Kiblat Cinta
PENULIS : Shah S Ninety-nine(S99)

Jika semalam aku bahagia
Jika Semalam aku Ketawa
Jika Kelmarin hamba berdendang
Jika Kelmarin hamba Bersyukur

Hari ini aku tetap gembira
Hari ini aku tetap tersenyum

Hari ini hamba terus berlagu
Hari ini hamba tetap memujimu

Kerana hanya dirimu memehamiku kerana hanya dirimu ku merindu
Kerana hanya kepadamu cinta bertasbih
kerana hanya kepadamu yang selayaknya
Menentukan KIBLAT CINTAKU, aku pasrah



Thursday, October 18, 2012

NOVEL : Diriku Usah Dicari

NOVEL : Diriku Usah Dicari
PENULIS : Irda Haleeda
PENERBIT : GRUP BUKU KARANG KRAF ALAF 21
Harga: RM 17.00
ISBN: 978-983-124-820-1
Tarikh Terbit: 10 Okt 2012





Sinopsis :-
“Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!”

Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya.

“Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”

Selama ini, Kirana hanya mendiamkan diri. Segala perbuatan emak mertuanya langsung tidak dipedulikan. Baginya, inilah pengorbanan yang harus dibuat untuk terus bersama Haziq. Tapi, sampai bila? Kesabarannya kian menipis. Bila tiba saat itu, dia harus membawa diri.

“Haziq… selamat tinggal. Diriku usah dicari lagi. Andai ada jodoh, pasti kita bertemu semula. Jika tidak… anggaplah semua ini kenangan terindah.”

Wednesday, October 17, 2012

NOVEL : CINTA HATI CIKGU RABBIT

NOVEL : CINTA HATI CIKGU RABBIT
PENULIS : DINAZ SALSABILA
PENERBIT : FAJAR FAKEER
ISBN: 978-967-765-178-2
Sem. Malaysia: RM22.00 
Sabah/Sarawak: RM25.00
KINI BERADA DI BOOKWORM RESOURCES CAWANGAN BUKIT SENTOSA(RAWANG)SAUJANA UTAMA(SUNGAI BULOH)
SINOPSIS :-

Err... excuse me. Boleh tanya tak? Di mana... Cikgu Rabbit?” tegur Jo.



Wajahnya tegang, seolah-olah tidak senang dengan perkataan yang digunakan itu. “Encik nak jumpa siapa ya?” soalnya semula meminta kepastian.



“Cikgu Rabbit. Cikgu baru yang mengajar anak saya yang berusia enam tahun.”


“Eh, kat sini mana ada Cikgu Rabbit? Maaflah, saya rasa encik ni dah salah sekolah,” tempelak gadis yang berdiri di muka pintu itu. Sungguh kurang sopan. Apa rabbit-rabbit? Suka-suka dia nak panggil aku macam tu, ingat aku ni keturunan rabbit ke? Rabbit jadian... Ada ke patut! Dia menggerutu dalam hati.


Jo terkejut. Gara-gara Siti Qistina, tak pasal-pasal dia kena sebiji.

Rabytha Amani a.k.a. Cikgu Rabbit telah mengalami satu transformasi. Daripada seorang wartawan majalah, terkejar-kejar ke lokasi mencari bahan berita, dia diwasiatkan untuk mengambil alih pengurusan sekolah tadika peninggalan arwah maknya. Bagaikan sirih pulang ke gagang. Di situlah perjalanan hidupnya bermula. Dikurniakan cinta hati, satu anugerah yang tidak boleh ditukar ganti.

Jo tidak sedar, sejak bila hatinya terpaut. Makhluk ciptaan Tuhan yang cukup istimewa. Mulut terkunci, hilang segala aksara. Hati terus berbicara, tanpa suara. Kita berperang secara psikologi. Tanpa bedilan peluru atau dentuman bom. Selepas bertahun-tahun, kita bersua lagi. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. 
Jalan hidup yang mereka pilih ternyata punya liku-likunya. Ada onak terhampar. Ada gelora membadai. Ada harga yang belum terlunas. Andai tewas, punahlah segala pengharapan. Antara mereka ada Ainur Sharita yang sudah nekad sejak dari mula, Jo hanya miliknya seorang!
Adat kehidupan, ada pertemuan dan perpisahan. Rabytha pasrah, siapalah dia untuk mengubah takdir-Nya. Apa yang diharapkan, entah bila akan menjadi kenyataan. Bukan sentuhan luaran cuma perhatian dan kasih sayang seperti apa yang Dr. Iskandar hulurkan. Namun, biarpun berbaris yang mampir, Rabytha tidak mungkin berpaling demi cinta hati kurnia-Nya. Namun, adakah jodoh itu bersama dia dan Jo, sebagaimana diingin hati?

NOVEL:Kalau Memang Harus Begitu

NOVEL:Kalau Memang Harus Begitu
PENULIS : ACIK LANA
TERBITAN : KAKI NOVEL
NO. ISBN:- 978-967-0448-13-8
SEMENANJUNG: RM36.00  
SABAH/SARAWAK: RM39.00
KINI BERADA DI BOOKWORM RESOURCES CAWANGAN BUKIT SENTOSA(RAWANG)SAUJANA UTAMA(SUNGAI BULOH)

SEMENANJUNG: RM36.00  

SABAH/SARAWAK: RM39.00


Sinopsis:




Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!




Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!




Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!


Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.



Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?




Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....




“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku…
 

NOVEL : Semalam Yang Kutinggalkan

NOVEL : Semalam Yang Kutinggalkan 
PENULIS : LAILA HANNI
ISBN:- 978-967-0448-12-1
PENERBIT : KAKI NOVEL
SEMENANJUNG: RM 21.00
SABAH/SARAWAK: RM 24.00
KINI BERADA DI BOOKWORM RESOURCES CAWANGAN BUKIT SENTOSA(RAWANG)SAUJANA UTAMA(SUNGAI BULOH)





SEMENANJUNG: RM 21.00

SABAH/SARAWAK: RM 24.00





Sinopsis:-

Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.

Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.

Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.
Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.

Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki? Samasama kita hayati cerita ‘Semalam Yang Kutinggalkan’ yang penuh gembira dan emosi ini.

“Aku ingin menjadi cinta terakhirmu… meskipun aku bukan cinta pertamamu….”
 

Saturday, October 13, 2012

Bait-Bait Cinta DARI S99



Bait-Bait Cinta
Akanku simpulkan bait-bait cinta
Untukku utuskan padamu mawar
Akanku saluti malam-malammu
Dengan nyayian indah dari  sang ungas
Kerana hanya itu yang mampuku titipkan wahai puteri.

Walau aku bukanlah putera impian di kayangan
Namun akanku jelmakan segala mimpimu
Walau tiada Putera salju disebalik kamus hidupmu
Namun surah-surah kasih tetap bersamamu
Andai hayatku tidak mampu menemanimu

PENULIS : Shah S Ninety Nine (S99)

Thursday, October 4, 2012

NOVEL : Rindu Dalam Sepi

NOVEL : Rindu Dalam Sepi
PENULIS : SITI KHADIJAH 
HARGA SEMENANJUNG RM22.00
HARGA SABAH SARAWAK RM 25.00


Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.” 
AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”
Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.”

NOVEL : I Love You, Stupid!

NOVEL : I Love You, Stupid!
PENULIS : MELUR JELITA
 Semenanjung : RM39
Sabah/Sarawak : RM42 
Semenanjung : RM39
Sabah/Sarawak : RM42

 

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”


Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab 2 : Berkenaan Permasalahan Umat
ISBN-13: 978-967-366-164-0
Tarikh Terbit: 14 Sep 2012
Jumlah Muka Surat : 184
Kategori: Islam, Gaya Hidup
Sinopsis :-
Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapat dihindari.
 Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama. Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan daripada masyarakat umum mengenai kekeliruan yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.
 Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa.

Semenanjung RM 25.00
Sabah, Sarawak RM28.00
 Isi kandungan
1. Tahara dan Wuduk
  • Samak dan Sertu
  • Sentuh babi dan anjing dengan sengaja
  • Hingus Najis?
  • Gunting rambut tapi belum mandi wajib
  • Air lebihan wuduk
  • Sentuh kemaluan adakah batal wuduk?
  • Berwuduk tapi bertindik di hidung
  • Kencing yang tidak membatalkan wuduk
 2. Al-Quran

  • Mengenai Tajassus
  • Sejarah al-Quran
  • Tulis Ayat Al-Quran dengan tulisan Rumi
  • Mendengar ceramah agama dan mengaji Al-Quran, mana lebih elok?
  • Hukum orang bukan islam membaca al-Quran
  • Hukum Baca al-Quran dengan qiraat Warash ketika solat
  • Hukum orang yang tidak pandai baca membaca al-Quran
  • Hukum meriba al-Quran
  • Ashabul Kahfi

3. Solat
  • Memukul binatang ketika solat
  • Hukum Menangis ketika solat
  • Hukum berzikir dan berselawat diantara solat tarawih
  • Keadaan Makmum wajib mendahului imam
  • Hampir melahirkan anak dan tidak larat solat, bolehkah tinggal solat?
  • Solat tidak cukup rakaat
  • Cara qadha solat yang di tinggalkan selama tiga tahun
  • Wanita Solat tetapi tidak menutup aurat, adakah solatnya diterima ?
  • Orang yang mencuri tidak diterima solatnya?
  • Tidak solat fardhu tetapi suka bersedekah
  • Jadi makmum berimamkan mazhab syiah
  • Hukum Solat hajat minta menang bola sepak
  • Tidak pernah solat jumaat tetapi berbuat baik pada ibu bapa
  • Solat Sunat Tasbih
  • Kucing gesel kaki ketika sedang solat
  • Petua Kusyuk dalam solat
  • Sendawa dalam solat
  • Solat rawatib dulu baru tarawih
  • Rambut tutup dahi
  • Lalai dalam solat
  • Rukuk tidak pegang lutut
  • Saf renggang, Apa hukum?
  • Rambut nampak ketika solat (Muslimat)
  • Batuk sampai terkencing ketika solat
  • Iktikaf di masjid
  • Tinggal Solat Gugur akidah?
  • Baca Surah al-fatihan baru baca doa Iftitah
  • Solat terawih di mana?

4. Jual Beli/Pembahagian Harta/Zakat
  • Hukum beli barang makanan dan emas dengan Kad Kreadit
  • Kenapa manusia boleh jual beli tanah
  • Pembahagian Harta pusaka
  • Harta Sepencarian
  • Siapa berhak dapat harta pusaka
  • Had Umur Anak yatim terima zakat harta/zakat
  • Zakat simpanan Tabung haji harta/zakat
  • Tempoh bayar Zakat Fitrah
  • Perempuan bekerja, siapa patut bayar zakat?

5. Puasa
  • Waktu tidur di bulan puasa
  • Berpuasa tapi mendedahkan aurat
  • Puasa tapi suka meludah
  • Cara orang tua uzur dan miskin tak mampu berpuasa
  • Datang haid tetapi tetap meneruskab Puasa.Apa hukum?
  • Puasa niat nak kurus
  • Guna Ubat Ulser mulut ketika berpuasa

6. Hudud
  • Apa itu Hudud?
  • Akibat negara tidak melaksanakan hukum hudud

7. Sembelihan/Akikah
  • Hukum menggunakan pisau sembelih yang ada ukiran
  • Hukum sembelih guna kuasa elektrik
  • Adakah perempuan boleh jadi tukang sembelih?
  • Akikah dulu atau tahnik dulu?
  • Lembu betina boleh dibuat akikah?
  • Akikah bagi bayi yang mati dalam kandungan
8. Wanita
  • Isteri tidak tutup aurat, adakah suami dikira dayus?
  • Isteri berperangai tidak elok
  • Hukum buka purdah untuk dilihat bakal suami
  • Isteri dapat payung emas
  • Hukum Perempuan kerja sebagai pelayan, promoter
  • Hukum wanita pakai tudung yang menampakkan tocang
  • Tengok aurat perempuan tetapi tidak mendatangkan ghairah
  • Hukum Perempuan benci pada sesetengah lelaki
  • Tidak larat kerana sarat mengandung, boleh tinggal solat?
  • Adakah Kaki perempuan aurat
  • Kenapa di dalam masjid, perempuan dan lelaki di asingkan?
  • Isteri Mogok dengan Suami
  • Tuala wanita dimandikan sekali?
  • Tempoh darah Nifas
  • Maksud tabarruj
  • Keputihan adalah najis?

9. Halal Haram
  • Hukum Scan bayi dalam kandungan
  • Lukis potret bukan muhrim
  • Pakai baju kebaya
  • Hukum masuk gereja dengan sengaja
  • Hukum Ibu mendoakan kejahatan terhadap anaknya
  • Dengar orang perempuan menyanyi
  • Jimak di siang hari
  • Hukum berdoa supaya tidak keluar haid
  • Hukum berbual kosong dengan muhrim di khalayak ramai
  • Hukum tidur dengan Kucing
  • Hukum Guna Nikname Bidadari Syurga
  • Hukum gunakan emas dan perak dijadikan sudu dan garfu
  • Dosa yang dibuat oleh anak angkat
  • Hukum pakai baju yang ada kalimah Allah ketika masuk tandas
  • Hukum Beli Tanah Wakaf kubur
  • Batasan dengan bapa Tiri
  • Ungkapan simpang Malaikat 44
  • Hukum Pakai cincin di jari tengah dan telunjuk
  • Nabi simpan misai?
  • Pembahagian makruh
  • Hukum jadi pelakon
  • Hukum panggil Nabi Isa sebagai jesus
  • Hukum menampar pipi
  • Hukum meniru dalam peperiksaan
  • Hukum berhias diri pada hari raya
  • Hukum mengeluh
  • Hukum makan daging gajah
  • Air liur basi najis atau tidak?
  • Bayar hutang dengan duit menang nombor ekor
  • Hukum menipiskan janggut
  • Hukum Sokong Komunis
  • Hukum gantung kuda laut
  • Hukum membalas sihir yang dihantar
  • Hukum cium tangan guru bukan islam
  • Hukum Suami tinggalkan isteri tanpa bagi apa-apa nafkah
  • Hukum mendownload Mp3 kuliah ustaz dari internet
  • Ciri-ciri saksi nikah
  • Hukum berzina dengan hamba?
  • Golongan terburai perut
  • Hukum manusia mengubah ciptaan Allah
  • Hukum gantung anak patung dalam kereta
  • Pemandu bas tidak berhenti solat subuh , penumpang berdosa?
  • Bernazar supaya sembuh dari penyakit
  • Hukum terlalu fanatik pada artis
  • Hukum Memandulkan kucing
  • Hukum melihat atau terlihat haiwan bersetubuh
  • Hukum memelihara beruk untuk panjat kelapa
  • Hukum menderma dan niat untuk keluarga
  • Ingin tahu Perkara yang membatalkan akidah
  • Hukum menonton video lucah tujuan untuk mengelakkan zina
  • Hukum makan hidangan kenduri kahwin walhal tidak dijemput
  • Hukum tidak menutup aurat tetapi sebut “Bismillahirahmanirrahim”
  • Hukum Bercinta sebelum berkahwin
  • Hukum memakan tulang ayam yang digoreng
  • Tol adalah jihad?
  • Hukum berlakon filem pegang watak orang kafir
  • Menadah tangan ketika doa khutbah kedua
  • Niat mewakafkan tanah untuk diri sendiri dan si mati
  • Hukum Melansingkan badan
  • Hukum baca Surah Yasin pada Malam Jumaat
  • Hukum wanita ambil gambar
  • Hukum Bercakap ketika Azan
  • Hukum Cium dahi jenazah
  • Hukum Berbekam
  • Hukum Lafaz talak tanpa saksi
  • Hukum lelaki bertindik di telinga

10. Isu Semasa
  • Cara mengurus jenazah orang yang tukar jantina
  • Hukum makan udang yang tidak di buang tahi di kepalanya
  • Syarat-syarat taubat
  • Hukum berdemostrasi
  • Mimpi seseorang yang sudah meninggal dunia
  • Doa untuk dapatkan zuriat
  • Kenduri walimah hanya untuk lelaki sahaja?
  • Maksud al-Kahin dan al-‘Arraf?
  • Mati tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah ketika kemalangan jalan raya
  • Mas kahwin semakin mahal, susah kaum lelaki hendak berkahwin
  • Takbir hari raya aidilfitri
  • Hukum tulis RIP ( rest in peace) pada kematian orang kafir cohtohnya “RIP steve job”
  • Ramalan rahsia tarikh lahir
  • Terima buah limau ketika tahun baru cina
  • Hukum menyediakan rumah untuk isteri
  • Kubur perempuan lagi dalam?
  • Hukum berdoa yang tidak baik
  • Waktu menyeberangi titian sirat
  • Hukum menghina nama anak nabi
  • Allah maha zalim?
  • Mati bujang
  • Hukum Isteri guna botox
  • Ayah suruh bersanding
  • Minum kopi sunah nabi?
  • Berfacebook ketika bekerja
  • Perihal Huru-hara 15 Ramadhan?
  • Hukum Pakai kopiah tapi nampak jambul
  • Jiwa yang kaya
  • Mundur Ikut islam?
  • Langgar Sumpah
  • Perbezaan khalifah dan khilafah
  • Sambut Hari Guru
  • Hukum guna wang Kutipan derma untuk beli makanan kepada tukang kira wang
  • Wasiat perkahwinan
  • Hukum tulis status doa di facebook
  • Larang ibu berkahwin
  • Taklik guna “mungkin”
  • Berkelayakan tapi tidak mahu mengundi
  • Gelaran as-siddiq
  • Maksud Al-Saggaf, Al-Idruce,Al-Attas
  • Orang kafir maksud islam, perlu kahwin semula?
  • Sabar separuh daripada iman atau sebahagin daripada iman?
  • Manusia meninggal di anggap ghaib
  • Ahli dalam bidang agama, siapa yang di maksudkan?
  • Hukum Sambut hari Ibu
  • Cakap tak sampai seru lagi
  • Kucing Muqawwamah
  • Anak Zina di bin atau binti kepada nama ayah?
  • Hukum berkahwin dengan orang yang lebih tua dari kita
  • Sukar tidur malam, adakah menzalimi tubuh
  • Hukum Like page artis yang tidak tutup aurat
  • Nama “siti” di hadapan
  • Hukum sebut rahimahullah kepada orang kafir yang mati
  • Hukum sambut hari Bapa
  • Siapa yang patut bagi nama kepada anak yang baru lahir
  • Kelebihan mati pada hari jumaat
  • Hukum wanita menutup aurat meletak gambar di facebook atau twitter
  • Hukum wanita tidak menutup aurat letak gambar di facebook dan sebagainya
  • keadaan yang kita wajib hadir ke tempat kenduri kahwin
  • Hukum guna air jampi memisahkan anak yang sedang berkasih dikhuatiri terlanjur
  • Doa untuk pesakit kanser