Thursday, March 24, 2011

PIKAT GADIS ANIMASI HINGGA KE RANJANG


Salah satu animasi yang diadaptasi dari permainan lucah.

SEREMBAN : "Kegilaan' remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk 'memancing' watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.
Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki dia alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk megambil hati kedua-dua ibu bapa teman wanita itu. Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan meggiurkan.

Pekara itu dibongkar Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan yang merampas puluhan bahan haram terbabit di sebuah premis menjual peralatan komputer di pusat beli-belh Terminal One di sini, pada 8 Mac lalu. Menurut Zainal, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan penjualan bahan itu berada di pasaran sejak tahun lalu, namun tiada tindakan diambil kerana ia berada di dalam lambakan permainan komputer lain. Beliau berkata, penelitian pihaknya mendapati permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

(Petikan dari m/s 4, Harian Metro, 24 Mac 2011)

Ken_G :Kenapa sekarang baru isu ini ditimbulkan? Kenapa tunggu dah berlambak benda ni kat pasaran baru nak ada tindakan? Jika jangkaan anda bahawa benda ni ada sejak tahun lalu, anda silap. Benda ni dah ada sejak lebih 10 tahun lalu (ya...10 TAHUN). Boleh didapati di kedai-kedai pc berhampiran. Tapi tiada langsung tindakan. Tinggal pada masa dulu tiada terjemahan dari bahasa Jepun ke bahasa yang lebih difahami oleh rakyat Malaysia. Dan juga benda sama yang saya nampak untuk 10 tahun ini tetapi tiada langsung tindakan. Saya juga sebagai peminat animasi Jepun agak terkilan apabila artikel ini kelihatan menghentam pada satu sudut sahaja. Saya ingin memberi penjelasan tentang pekara-pekara yang berkaitan permainan ini :

1) Ada animasi Jepun di luar sana, malah yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan pun berasal dari permainan-permainan sebegini. Saya tidak mahu menyatakan nama-namanya, kerana benda-benda sebegini sepatutnya sudah diketahui pihak-pihak berkaitan, tetapi ia masih disiarkan. Kenapa?

2) Ada juga permainan sebegini yang direka semula berdasarkan animasi Jepun yang tiada langsung berkaitan dengan 'seks'. Selalunya ia direka semula dengan bayaran royalti yang setimpal, dan permainan sebegini yang paling digemari oleh mereka-mereka ini. Saya juga menjangkakan yang permainan sebegini yang melepasi piawaian, kerana pihak-pihak berkaitan mana reti nak main benda ni sampai habis.

3)Kebanyakan permainan di luar sana (khansnya 3D) yang tidak memaparkan babak-babak ranjang ataupun gambar bogel, tetapi menggunakan pakaian yang saya kira 'tak cukup kain'. Lompat sedikit, nampak seluar dalam. Lompat sedikit, goyanglah 'benda' tu. Benda benda sebegini juga dilambak secara komersil di luar sana. Di mana pula tindakan?

4)Kalau pun mereka tidak mampu membeli permainan tersebut, di Internet sudah berlambak ada benda tu. Cakap la dalam bentuk apa, semua ada. Lebih teruknya, di Internet anda boleh memuat turun gambar gambar GCnya (dikenali sebagai Hentai CG atau HCG) tanpa perlu bersusah payah menghabiskan permainan tersebut. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, fail-fail sebegini jarang disekat oleh laman-laman yang menawarkan khidmat muat naik/turun, kerana fail ini disimpan dalam bentuk 'zip', dan menggunakan kata kunci yang mudah diingati. Jika anda tidak percaya, saya memberi contoh dua perkataan. Cuba taip 'True Blue' pada enjin carian dan lihat apa yang disiarkan.

Saya tidak suka menunding jari, tetapi komen tentang animasi Jepun sejak kebelakangan ini agak melampau. Setiap berita yang disiarkan di dalam akhbar perlu mengambil pendapat ramai pihak dan bukan 'main langgar' saja.

S99:hehehehehehehe...bawak2 mengucap encik Ken-G sy phm sal awak 2 ada baka jepun,2 yg nama pakai Ken-G(ken-Giant.huhuhuh..jgn mrh k.).apepn sy sndiri prnah main game trsebut pda tahun 2002 d pusat prmainan video yg mngunakn mesin arkid,kalu tak silap ketika itu sy duduk dkt Apartment sentul ketika itu usia sy 18thn.d sana sy sndiri mlihat prmainan Video brbentuk lucaH BKAN SAHAJA ANIMASI JEPUN malah gambar manusia sbenarpn ada.jd kalu pihak media dan pihak brkuasa mengatakan ianya baru setahun itu dah menunjukkan para wartawan dan pihak berkuasa malaysia tidak peka atau makan gaji buta tidakpun mudah cerita wartawan dah tidak tahu nak letak cerita apa di akbar mereka.so kalu nk buat cerita 2 lain kali jngn lupe siasat betol2 dan jngn hentam sebelah pihak sahaja...

P/s:kalu wartawan buat liputan bersama pihak berkuasa lbih pd nk cari publisity n dlm ms same nk jage maruah negara,baik balik kampung menoreh je..harga getahpn dah makin mahal skg.