Wednesday, January 11, 2012

INFO TARIAN TRADISIONAL


Tajuk : TARIAN TRADISIONAL
Dari : Shah S Ninety Nine@S99
   Melayu adalah kaum utama di Malaysia. Bangsa Melayu telah lama wujud di sini sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masehi.Terdapat banyak tarian Melayu, dari tarian Melayu asli hingga ke tarian Melayu yang dipengaruhi (tarian Melayu dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei) dari negara-negara lain (seperti India dan Arab) tetapi telah diadaptasikan ke dalam budaya Melayu.
   Apabila kita menyebut tarian tradisional Melayu, semua orang menyangkakan bahawa semua jenis tarian adalah di bawah satu kategori yang sama. Tetapi tau tak sebenarnya tarian tradisional Melayu terbahagi kepada tiga kategori iaitu tarian istana, dramatari, tarian moden dan tarian rakyat.

JENIS-JENIS TARIAN MELAYU
 TARIAN ISTANA
DRAMATARI
TARIAN MODEN
TARIAN RAKYAT

JIKEY
 MAK INANG
MENORA

RANDAI


ZAPIN



Tarian istana



Tarian Asyik
Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik (daerah) Kelantan dan dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan). Penari-penari terdiri daripada dayang-dayang istana. Selain itu Tarian Asyik ditarikan pada hari perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana. Hari ini Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari-hari temasya negeri dan negara. Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Tarian Gamelan
Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klassik. Tarian klasik ini mula di direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.Ia mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.

Ceracap Inai
Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar. Adalah dipercayai Tarian Ceracap Inai ini berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'sembah'/Ampun, merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin. Ditarikan dengan membawa prob seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan berca,hayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang.

Mak Inang
Tarian Mak Inang disebut juga sebagai Tarian Si Kembang Cina sangat popular ditarikan di istana Sultan-Sultan Melaka. Ada kalanya penari-penari membawa selendang bagi meraikan tarian ini. Lagu Mak Inang yang khas telah dicipta bagi mengiringi tarian ini dengan perintah Sultan Mahmud Shah. Hari ini Tarian Mak Inang telah menjadi tarian rakyat dan ditarikan di majlis-majlis sosial. 

No comments:

Post a Comment