NOVEL:Kalau Memang Harus Begitu
PENULIS : ACIK LANA
TERBITAN : KAKI NOVEL
NO. ISBN:- 978-967-0448-13-8
SEMENANJUNG: RM36.00
SABAH/SARAWAK: RM39.00
KINI BERADA DI BOOKWORM RESOURCES CAWANGAN BUKIT SENTOSA(RAWANG)SAUJANA UTAMA(SUNGAI BULOH)
KINI BERADA DI BOOKWORM RESOURCES CAWANGAN BUKIT SENTOSA(RAWANG)SAUJANA UTAMA(SUNGAI BULOH)
SEMENANJUNG: RM36.00
SABAH/SARAWAK: RM39.00
|
Sinopsis:
Zidan
Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan
mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap
kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan
umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya
dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya
kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!
Dengan
baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet
mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun
setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah
kalau dia tu pendatang tanpa izin!
Adara
pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek
selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad
mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya
melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian
getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra.
Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes?
Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah!
Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner
pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!
Umpama
air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci
dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan
‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata
hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk
memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan
kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah
Adara demi mengikat hati gadis itu.
Cinta
yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan.
Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk
pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih
utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang
perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian
retak, kasih kian rapuh?
Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....
“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku…
No comments:
Post a Comment