NOVEL : Semalam Yang Kutinggalkan
PENULIS : LAILA HANNI
ISBN:- 978-967-0448-12-1
PENERBIT : KAKI NOVEL
SEMENANJUNG: RM 21.00
SABAH/SARAWAK: RM 24.00
KINI BERADA DI BOOKWORM RESOURCES CAWANGAN BUKIT SENTOSA(RAWANG)SAUJANA UTAMA(SUNGAI BULOH)
SEMENANJUNG: RM 21.00
SABAH/SARAWAK: RM 24.00
|
Sinopsis:-
Munirah
dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu
memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti.
Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya.
Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian
semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga
angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi,
terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi
segala-galanya dalam hidup remaja mereka.
Setelah
dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti,
Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih
tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja
lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah
pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah
satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu
bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah
tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak
Reen.
Selepas
menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa
Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam
serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan
untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah
untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan
sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.
Munirah
hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas
melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan
masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.
Namun,
apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung
hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu
diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda
hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega
Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur
mencintainya Umar Rafiki? Samasama kita hayati cerita ‘Semalam Yang
Kutinggalkan’ yang penuh gembira dan emosi ini.
“Aku ingin menjadi cinta terakhirmu… meskipun aku bukan cinta pertamamu….”
No comments:
Post a Comment