Purnama malam |
Suria pagi
Walau hanya bias cahaya
izinkan aku mengejarnya
Izinkan aku Menggapainya
Izinkan aku memilikinya
Purnama malam
Usah dikejar bayangan Pelangi
Tika jauh Biasnya indah sekali
Tika dihampiri warnanya mati
Usah kau harap pada yang tidak pasti
Suria pagi
Namun ia mencipta kebahagiaan
Namun dia membahagiakan hati
Purnama malam
Bahagia yang hanya harapan
Bahagia yang hanya Kepalsuan
Suria pagi
Mungkin itu yang terindah saat ini
S99 |
Purnama malam
Namun Hilangnya melahirkan kekecewaan
Namun hilangnya cahaya harapan menzahirkan kedukaan
Suria pagi
Walau indahnya siang kerana mentari
Walau indahnya malam kerana Suria pagi
Namun tiada siapa yang akan memandangnya
Namun tiada seorangpun yang akan mempedulikanya
Purnama malam
walaupun wujudnya mentari
walau cahaya menyinari alam ini
Namun tanpa air tidak akan terbias cahayamu
Namun tanpa awan tidak akan tercipta pelangimu
Suria pagi
Benar tuturmu Purnama malam
Dunia ini penuh kebahagiaan
Dunia ini penuh dengan keindahan
Namun kebahagiaan itu bukan untukku
Purnama malam
Tiada takdir untuk didukakan
Tiada hukum harus kau tangiskan
Kerana semuanya ada balasanya
Kerana alam ini wujud kebahagiaanya
Suria pagi
Seandainya cahaya ini adalah keindahan untuk mereka
Seandainya warna ini keriangan untuk semua
Kerana takdirnya aku wujud untuk mereka
kerana aku wujud hanya untuk kebahagiaan insan lain..
Purnama malam
Terima kasih Suria pagi kerana pengorbananmu
Terima kasih Kerana segalanya untukku..
Penulis : Fazilawani Nordin(seri mas) dan Shah S Ninety-nine(S99)
No comments:
Post a Comment