Monday, September 3, 2012

Sang Saka Panji Asal Malaya


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan beberapa pemuda yang mengibarkan Sang Saka Malaya dan bukan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, semasa malam ambang Kemerdekaan baru-baru ini.
Ketua umum PKR berpendapat bahawa Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.
Pemimpin dari Barisan Nasional (BN) telah menuduh Pakatan Rakyat (PR) cuba untuk menukar bendera kebangsaan, di mana PR menafikan.
“Sang Saka (Malaya), mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa,” kata Anwar kepada wartawan.
“Apa salahnya generasi muda mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?”
Dia juga berkata bendera Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa.
Seorang blogger telah mengaku mengibarkan bendera “alternatif” di Dataran Merdeka pada Khamis lalu, tetapi berkata mahu memperkenalkan kepada awam tentang sejarah negara...


Sang Saka Panji Asal Malaya

No comments:

Post a Comment