TAJUK : KETIKA ROHKU HANYA DAPAT MEMANDANG ORANG YANG DI
KASIHI
ISBN : 978-967-5984-77-8
HARGA : 15.00 / 17.00
PENULIS : JAMAL MA’MUR ASMANI
PENERBIT : AL-HIDAYAH
Wahai saudara-saudara
seimanku, pernakah kamu membayangkan apakah yang akan dilakukan rohmu dikala
Izrail Sang Pencabut nyawa mulai menarik nyawa dari tubuhmu? Roh pun mulai
diangkat dari hujung kaki, sementara mata, hati dan fikiran kita masih mampu
merasakanh atau menyaksikan kehadiran mereka yang kita kasihi sekitar sekujur
tubuh kita yang lemah. Hinggalah roh menjalar ke tengkok, lalu tencabut
sempurna. Maka sempurna jugalah roh kita meninggalkan rumah yang kita cintai,
mereka yang kita kasihi menangis tersedu-sedu penuh kehibaan, bahkan jasad yang
kita tinggalkan kaku.
Bayangkanlah
saudara-saudaraku, ketika rohmu tidak lagi mampu berbuat apa-apa. Ketika itu
segala ego, cita-cita, hasrat, cinta, keinginan, perancangan kandas dengan
terputusnya denyut roh di dalam tubuhmu. Rohmu hanya mampu memandang orang yang
tercinta dari kejauhan…
Roh laksana
lampu. Jika ia hidup, ia dapat memancarkan cahaya. Jikaia mati, maka pudar
jugalah cahayanya. Jika roh masih bersemayam di dalam tubuh, maka kita masih
tetap hidup. Mampu tersenyum, ketawa, manangis, berfikir, merancang,
berkeluarga dan sebagainya. Jika ia bebas, kita pun mati. Muncullah pertanyaan,
ke manakah geranganya roh kita setelah kita mati?
Ketahuilah
saudara-saudaraku, bahawa roh kelah akan diminta pertangungjawaban di hari
kiamat. Rohlah yanga akan menjalani seksa kubur atau azab neraka jika perilaku
kita dibenci oleh Allah. Roh jugalah yang akan mengecap kenikmatan pesona kubur
dan anugerah indah syurga jika kelakuan kita selama hidup di dunia diredai
Allah. Rohlah yang akan merasakan pahit-manis, pedih dan indah, suka dan duka
secara abadi ( khalidina fiibaa ) kelak di hadapan Allah. Maka untung atau celakanya
roh kita sangat bergantung kepada tingkah laku kita sendiri selama kita hidup
di dunia ini.
Buku ini
menyajikan renungan jiwa akan tentang diri, ego, fikiran, godaan, cita-cita,
harta, keluarga, dan segala isu materialistik yang lain. Maka jangan
berkiblatkan mereka, selamatkan rohmu yang tercinta dengan sebaik-baiknya,
selagi nyawa dikandung badan…..
No comments:
Post a Comment