Petang yang hening dan suram, aku terfikir sesuatu perkara yang menyentuh perasaan aku, perkara tersebut adalah berkenaan seorang teman yang aku kenali dalam laman sembang social selama ini rupa-rupanya manusia istimewa, patutlah selama ini dia membaca Puisi-puisi yang aku hasilkan(walau aku tak tahu itu boleh di katakana puisi atau tidak).aku mulai tersentuh bila dia mengatakan supaya aku menghasilkan karya berkenaaan manusia istimewa sepertinya dan ketika itu juga baru aku sedari bahawa manusia yang membaca setiap karya aku dan menghargai karya aku rupanya manusia Istimewa, aku tanpa mebuang masa terus memerah memorikan dalam kepala batu aku ini untuk mencari ilham,pada mulaya aku agak risau kalau tidak menjadi akan tetapi bila di kenangkan dalam blog aku ini tiada editor yang akan merejeck karya aku, akupun dengan selamba menghasilkan Karya yang bertajuk Andai kau berada di tempatku, akan tetapi karya itu macam tidak mencapai apa yang aku mahukan, apapun aku tetap bersyukur kepada Allah S.W.T kerana megurniakan aku ilham ini.apa yang aku nak cerita di sini berkenaan Manusia istimewa ini adalah mereka seolah-olah lebih menghargai nilai kasih dan ketulusan yang manusia biasa tidak langsung hargainya, kerana apa?mungkin kerana mereka angap mereka mudah memperolihi Cinta, kasih, Sayang dan apa-apa jua kebahagiaan dunia dari Manusia lain, seperti mana Rakan sembang aku itu, walau dia manusia istimewa aku dapat merasakan dia lebih menghargai nilai tulisan yang aku hasilkan, selain dia manusia yang sangat berjasa dalam hidup ini MAK aku Rosnah binti Sidar(I LOVE YOU MAK), mak aku adalah ingsan yang sangat baik dalam dunia ini, aku sejujurnya lebih rela kehilangan nyawa aku sendiri dalam dunia ini dari kehilangan dia jadi untuk iingsan yang amat aku sayangi sepenuh hati ini, aku dedikasikan karya ini untunya, jom layan :-
Tajuk : Hanya engkaulah bonda sejati.
Dari : Shah S Ninety Nine @ S99.
Pertama yang ku kenali hanya dirimu
Pertama yang ku cintai hanya dirimu
Pertama yang ku rindu hanya dirimu
Pertama yang ku lukai hanya dirimu
Bila berjauhan hatiku rindu padamu
Bila berduka hatiku menyebut namamu
Bila dilukai dirimu tempatku mengadu
Bila bahagia dirimu juaku lupai
Mengalun segenap penjuru dunia
Mencari redup di pohon cemara
Memburu Hasrat yang tidak tergapai
Melupai manisan yang engkau taburkan
Bergunung duka telah terhimpun
Berjuta luka terpahat dalam memori
Beronak duri laluan
kau rentasi
Bahagia setitis menjadi bekalanmu
Andai bunga kertas mekar mewangi
Andai batu kerikir indah berkilau
Andai kain cotton seindah Sutera
Andai segalanya mampu kuberi
Hanya dirimu yang memahami
Hanya dirimu penyejuk hati
Hanya memori mampu kusimpan
Hanya engkaulah sasterawan ku
Hanya engkaulah bonda sejati
No comments:
Post a Comment