Tajuk : Menjemput Roh
Ibadah(Solat, Doa, Zikir, Al-Quran)
ISBN : 978-967-5391-05-7
Harga : 26.90 / 28.90
PENULIS : SHAHRIMAN WAHAP
PENERBIT : HIJAZ RECORDS PUBLISHING
Buku di tangan para pembaca ini,
bukanlah merupakan sebuah buku semata, akan tetapi merupakan koleksi daripada
ceramah para murabbi yang amat penulis anjung lagi dikasihi.
Siri ceramah ini sebenarnya
berangkat dari gejala yang para murabbi penulis rasakan, di mana perlaksanaan
ibadah di kalangan umat Islam, khususnya para remaja, terasa sebagai sebuah
bebanan jiwa yang mereka kerjakan sebagai sebuah kewajipan, atau semata
lantaran takut seksaan akhirat, tanpa sedikitpun merasakan manisnya ibadah dan
juga tanpa mengetahui dengan jelas pahala-pahalanya. Hal ini tentu saja
menimbulkan halangan yang cukup berpengaruh terhadap kualati perlaksanaan
ibadah mereka.
Penulis kemudian menemukan bahawa
factor utama gejala buruk ini bukanlah kerana mereka memiliki hati yang keras
dan kaku, bukan juga kerana mereka enggan menghadap ALLAH Subhanahu wa Ta’ala.
Faktor utama yang menyebabkan gejala di atas adalah ketidaktahuan sebahagian
orang akan nilai keutamaan dan pahala ibadah di satu sisi, serta pengaruh
ibadah ini dalam peningkatan spiritual, ketenangan jiwa, dan kebahagiaan hidup
secara umum di sisi yang lain.
Fikiran saya kemudian berbisik,
kalaulah kita mampu menyajikan pemahaman tentang cirri dan pahala ibadah secara
mudah kepada khalayak ramai sebagaimana
yang dicontohkan oleh Rasulullah SallalLahu ‘alaihi wa sallam terhadap
generasi pertama umat Islam ini, maka tentunya orang-orang, khususnya kalangan
remaja akan sangat teruja dalam melaksanakan ibadah dengan tekun.
Di atas niat itu, penulis
himpunkan mutiara keilmuan dan tajdid minda para murabbi yang penulis tadah
limpahannya selama dalam pengajian dan titipan yang mereka berikan dalam buku
yang dinamakan MENJEMPUT ROH IBADAH. Semoga besar manafaat nanti.
-penulis-
No comments:
Post a Comment