Sunday, April 17, 2011

SNAPP Tumbang akibat tingalkan PR

SNAP hilang deposit kecundang angkara Ego

S99 : jika tidak kerana SNAPP meningalkan Pakatan Rakyat PR,mungkin tidak Hampir kesemua 26 calon Parti Kebangsaan Sarawak itu hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, kecuali calonnya, Toh Heng San yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas.

Sekiranya mengikut perancangan yang di atur rapi oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).sudah pasti SNAPP tidak akan menerima nasib seperti ini.malahan mungking PR yang di angotai oleh PAS,PKR adan DAP akan memperolihi kemenangan yang lebih besar dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10.mungkin inilah akibat dari sikap Kepimpinan SNAPP yang keras kepala sehingakan mereka kehilangan hampir semua wang pertaruhan, S99 rasa mereka perlu terima kekalahan ini dan mungkin perlu membubarkan sahaja parti SNAPP ini.kerana kehadoran mereka langsung tidak diperlukan oleh Rakyat.

Calon-calon SNAPP merupakan antara 71 calon, termasuk 36 calon bebas, yang hilang wang pertaruhan berjumlah RM355,000 iaitu RM5,000 seorang.korang semua Fikit sikit ke wang berjumlah RM355,000.dah macam orang kalah judi.

Selain itu, enam calon PKR dan empat calon Parti Cinta Malaysia (PCM) turut hilang wang pertaruhan.ini jugak saya terfikir.adakah perkara ini tidak dikirakan sebagai judi????

Kesemua mereka kehilangan wang pertaruhan itu setelah mendapat undi kurang daripada satu per lapan atau kurang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dalam kerusi DUN yang ditandingi mereka.jadi sudah terang ini boleh di katakan judi.tetapi kita patut tanya pada yang arif tentang perkara ini,paling mudah kita tanya je imam dan Ustaz di surau-surau dan masjid tempat kita beribadat.

Daripada 41 calon bebas yang bertanding, hanya lima orang yang berjaya mendapat balik wang pertaruhan termasuk George ak Lagong.

Beliau memenangi kerusi DUN Pelagus dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional Stanley Nyitar @ Unja ak Malang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon PKR, Edward Sumbang ak Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Calon bebas yang mendapat undi paling kecil ialah Mathew Munan yang hanya memperoleh 27 undi bagi kerusi DUN Belaga daripada jumlah pengundi seramai 5,913 orang.

Penyandang kerusi DUN Pandungan Dominique Ng Kim Ho yang bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kali ini turut kehilangan wang pertaruhannya dengan mendapat 439 undi.

Dalam pilihan raya negeri 2006, Ng yang bertanding atas tiket PKR telah memenangi kerusi itu dengan memperoleh 1,417 undi.

P/S.S99 : Tahniah kepada semua 15 calon PR yang memenangi pilihan raya negeri Sarawak ke-10.ini adalah permulaan untuk kita mencapai kegemilangan. Wasalam....

No comments:

Post a Comment