Thursday, January 5, 2012

Jaga-jaga! Cara Baru Menghasut Dunia Membenci Islam! by Ken_G


PENCIPTA PERMAINAN KOMPUTER ANTI ISLAM DIBEBASKAN

STYRIA, AUSTRIA – Ahli politik sayap kanan Austria dibebaskan daripada tuduhan membangkitkan kebencian ke atas orang Islam oleh mahkamah, setelah mencipta permainan komputer berunsur anti-Islam sebagai alat untuk memancing undi dalam kempen pilihan raya.
            Timbalan Parti Kebebasan, Gerhad Kurzmnn, menggunakan sebuah permainan video dalam kempen pemilihan gabenor Styria, iaitu wilayah tenggara Austria, tahun lalu.
Permainan video Bye Bye Masjid
            Dalam permainan yang diberi nama ‘Bye Bye Masjid’ tersebut, pemain dikehendaki menembak gambar orang Islam dan masjid yang muncul di skrin.
            Sebagaimana dilaporkan BBC, pihak mahkamah memaksa Parti Kebebasan supaya menarik semula permainan tersebut dan kemudian mendakwa Kurzmann dengan tuduhan menyalakan kebencian dan menghina agama.
            Walau bagaimanapun, pihak pengadilan Graz telah menggugurkan tuduhan tersebut pada 14 Oktober lalu walaupun penciptaan permainan tersebut dikecam hebat daripada parti-parti politik lain dan golongan-golongan agama.
            “Pada saya, permainan itu bukanlah sehingga tahap menghasut mana-mana pihak,” kata hakim, Christoph Lichtenberg, sebagaimana dipetik dari APA.
            Pihak pendakwa akan mengemukakan rayuan di atas keputusan pembebasan Kruzmann itu.
            Menurut APA, jumlah penduduk Muslim di daerah Styria adalah sekitar dua peratus dan daerah tersebut tidak mempunyai masjid dengan menara tinggi.
            Selain permasalahan menara masjid, Parti Kebebasan yang merupakan kelompok pembangkang terbesar di Austria akan mengemukakan cadangan larangan purdah.

(Dipetik dari Majalah I, Disember 2011, m/s 63)

Ken_G : 
Apa pendapat anda dengan ayat yang saya gelapkan di atas? Kalau dah buat permainan untuk menembak orang Islam dan masjid, itu bukan menghasut namanya? Sedangkan satu karikatur pun telah cukup menimbulkan provokasi, inikan pula satu permainan komputer…
            Walau bagaimanapun, ada kalanya saya merasakan orang Islam hanya lantang bercakap dan tiada tindakan. Satu contoh yang biasa kita nampak adalah Palestin yang saban hari dihujani bom dan peluru, dan kerap kali ia sengaja disasrkan kepada penduduk awam. Apabila disiarkan dalam berita, hanya sau perkataaan yang saya selalu nampak : KECAM. Sampai bila orang Islam nak mengecam saja? Kita boleh buat Mekah sampai nampak moden dengan bangunan tinggi, tapi bila bab nak pertahan agama, kita hanya tahu bersuara sahaja…

P/S : Ada teratak di hujung kampung, bawah cermin kopak ada kotak, tersembunyi dalamnya ada tempurung, sembunyi bawahnya katak melalak… - Jamal Abdillah

No comments:

Post a Comment