Wednesday, August 29, 2012

Lirik Lagu : Kamu

Lagi sebenarnya Ken_G dah lama tulis, atau lebih tepat lagi terjemahkan. Idea yang datang dari S99 ni agak terbantut di tengah jalan sebab lagu ni agak susah dibawa. Di sini saya nak tunjukkan liriknya. Lagu asalnya dinyanyikan oleh penyanyi Jepun yang bernama Yuria.

Tajuk : Kamu
Muzik : You (Shuffle OP)
Penyanyi asal : Yuria

Madah di hati yang telah lama tersimpan
Sampai masa kau tahu jua

Naluri yang tak tenang, hatiku yang bergoncang
Entah bilakah ia telah bermula
Sudahku ketahui perasaan yang kekal
Dan daku tidak boleh menipu lagi

Walaupun pertemuan kita cuma hanya satu kebetulan
Ku rasa ada maksud istimewa tersirat

'Pabila aku berada di sisi kamu
Sentiasa ku bersyukur kepada Yang Satu
Ku ingin merenung wajah kamu selalu
Sekarang dan s'lama-lamanya

Masa yang kita telah luangkan bersama
Memberiku kekuatan yang amat nyata
Madah yang berlegar di fikiran sentiasa
Sampai masa kau tahu jua

Hanya jarimu yang menyentuh diriku ini
Dan kebaikan diri yang menyentuh hati
Terasa pula perasaan yang pelik ini
Seperti berada dalam mimpi-mimpi

Walaupun suatu hari jika kita akan terpisah jua akhirnya
Berapa kalipun kita akan bersama

Ku ingin berada dalam ingatan kamu
Di sudut istimewa dalam hati kamu
Ku ingin kamu berkongsi dunia kamu
Dunia yang belum dilihatku

Ku ingin menunaikan semua hasrat kamu
Tanpa meninggalkan satu keinginanmu
Ku mampu membuat apa-apa sahaja
Untukmu yang aku percaya

(Interlude)

Seperti jambangan yang akan diwarnakan
Cerita yang berkembang mekar di kayangan
Suaramu yang tidak mungkin akan menghilang
Mengikut angin dan bayu

Masa yang kita telah luangkan bersama
Memberiku kekuatan yang amat nyata
Supaya kata yang disampaikan padamu
Akan menyentuh di hatimu

No comments:

Post a Comment