Penulis 1 : S99 or Shah S Ninety Nine
Dari kana S99 or Shah S Ninety Nine, Shaf-IQ, E-One or E1. |
Ragaku dibakar sebuah tangisan
Jasad itu lebur tanpa ehsan dunia
Membela agama 1 kemestian
Tidak pernah terpadam walau seketika
Ya Allah..utuskanlah bantuan buat hambamu
Kerana hati ini merintih setiap waktu
Ya Rasullullah..tanah in merinduimu
Kerana perjuagan ini sepi tanpamu
Batu itu adalah senjatanya
Darah merah itu adalah peluh dinginnya
Rumput dan pasir itu adalah santapannya
Raungan air mata itu adalah iramanya
Nyawa saudaraku ibarat ranting
Gugurnya tiada nilai mahupun erti
Andai esok tiada lagi mentari
agamamu ku genggam hingga syurgawi
~~~Hingga Firdausi~~~
No comments:
Post a Comment