Sunday, June 24, 2012

Riyadus Solihin


Tajuk : 

Riyadus Solihin

Harga : SM RM120/SS RM123
ISBN-13: 978-967-366-133-6
Tarikh Terbit: 30 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 1072
Kategori: Doa & Amalan

RM 102.00
Jimat RM 18.00!
BELI DI PTS BOOKCAFE
Tidak termasuk kos penghantaran
Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Keistimewaan kitab ini:
• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik
• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah
• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta
• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan
• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luasdan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah

Saturday, June 9, 2012

Kisah Hati ==(RAYA)==> Kisah Raya


Post kali ini Ken_G nak buat sesuatu yang mengarut sikit. Ken_G teringat masa belasan tahun Ken_G biasa dengar lagu raya yang dinyanyikan oleh Nakkal, di mana beliau mengambil inisiatif mengubah lagu yang popular pada masa itu menjadi lagu raya. Yang Ken_G ingat, Isabella jadi 'Isa Tak Balik Raya 99', pastu Tanggal 31 Ogos jadi 'Tanggal 1 Ramadan". Beliau ada juga lagu original "Satu Malan Di Malam Hari Raya". Bila dengar lagu diaorang, nak juga Ken_G buat lagu raya guna lagu yang tgh top sekarang. Mana tau, ada orang nak nyanyikan? Hehe....



Tajuk : Kisah Raya
Runut Bunyi : Kisah Hati (Alyah)

Hasratku hasratmu
Ingin balik raya
Ku rasa dirimu nak balik kampung sana
Tapi asyik-asyik kampung awak saja
Saya nak balik kampung saya juga

Tujuan kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk raya ini pada tahun ini
Mungkin kita bersama
Balik ke kampung saya
Agar kita dapat sambut hari raya
Bersama-sama

Tapi kau tak nak mengalah juga
Habis, aku ni macam mana?

Terpaksalah aku
Mengalah dengan dirimu
Untuk raya ini pada tahun ini
Bolehlah kita bersama
Pada raya kedua
Balik ke kampung halaman saya

Nanti raya tiga
Kita balik ke bandar
Buat rumah terbuka untuk saudara-mara

Agar kita dapat sambut hari raya
Bersama-sama

Thursday, June 7, 2012

Novel : Hatimu Milikku - Kaki Novel..


Hatimu Milikku
Bertapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Bertapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Hatimu Milikku 

Penulis : Eliza Ab
ISBN: 978-967-0448-03-9
SEMENANJUNG: RM 36.00 SABAH/SARAWAK: RM 39.00

Sinopsis:
“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.” – Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.

“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.

“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya.” – Nadia.
“Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga!” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz.


“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.

Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.

Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga.

Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.

Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?

“Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.

Novel : Kau Pemilik Hati - Kaki Novel.

Tajuk : Kau Pemilik Hati - Kaki Novel. Penulis : Ayumi Syafiqah.
ISBN: 978-967-0448-02-2
HARGA SEMENANJUNG: RM 20.00. HARGA SABAH/SARAWAK: RM 23.00
Biar Berkali-kali hati ini di ketuk,  
Tak mungkin Kumenyahut,
Kerana hanya kaulah pemiliknya yang azali....

Sinopsis:
Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?



Novel : Kahwin Ganti - Karya Seni

Tajuk : Kahwin Ganti. Penulis : Aifa Batrisya
Semenanjung : RM21 Sabah/Sarawak : RM24
Biar berapaa kali dia datang dan pergi,
 kasihku tetap padamu
Luqman Hakim

Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
"Awak suka saya tak?" – Mya Zara
"Aku… aku suka Dibo!" – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

Sunday, June 3, 2012

Hingga Syurgawi-Dari S99

Tajuk : Hingga Syurgawi..
Penulis 1 : S99 or Shah S Ninety Nine
Dari kana S99 or Shah S Ninety Nine, Shaf-IQ, E-One or E1.
Penulis 2 : Serimas(Fazilawani Rordin)

Ragaku dibakar sebuah tangisan
Jasad itu lebur tanpa ehsan dunia
Membela agama 1 kemestian
Tidak pernah terpadam walau seketika

Ya Allah..utuskanlah bantuan buat hambamu
Kerana hati ini merintih setiap waktu
Ya Rasullullah..tanah in merinduimu
Kerana perjuagan ini sepi tanpamu

Batu itu adalah senjatanya
Darah merah itu adalah peluh dinginnya
Rumput dan pasir itu adalah santapannya
Raungan air mata itu adalah iramanya

Nyawa saudaraku ibarat ranting
Gugurnya tiada nilai mahupun erti
Andai esok tiada lagi mentari
agamamu ku genggam hingga syurgawi

~~~Hingga Firdausi~~~

ORANGE PENCIL BAG.PROMOTION!!!



PROMOTION!!!
ORANGE PENCIL BAG.
BEFORE       AFTER         SAVE

RM4.50  - RM1.50   - RM3.00
RM4.90  - RM1.60  - RM3.30
RM5.90  - RM1.90  - RM4.00
Selagi stock masih ada.

Saturday, June 2, 2012

Bukan Fantasi V2.0

lagu pertama untuk Fazilawani Nordin

 Tajuk : Bukan fantasi(versi editing)..
 Penulis : S99 Or Shah S Ninety Nine..

 (1)
Berkicauan burung di taman hati
Mengalunkan lagu suci untuk mu
Terimbas kenangan silam
Tika  Syahdu rindu ini
  
(2)
Di sana kau dan aku beriringan
mencari nokta Cinta nan abadi 
Hatiku kau curi
Kasih mu Ku semai di hati

(C1) 
Cuba kata rembulan mentari ku cinta
Cuba kata rembulan sang suria ku puja
Cuba kata purnama bintang itu peneman
Cuba kata purnama cinta mu di siang kemalam

 (C2)
Aku disini menanti cahaya cinta kembali
Walau sejuta tahun terpisah cinta tetap disini
kerana terangnya cintamu tidak secerah cintaku
Fahamilah kasihku ini BUKAN FANTASI.

 (3) 
Aku hanya punguk di pohon cemara
Kau Purnama terang indah di angkasa
hanya Lalang rimba merindui sayang
Dikau ibarat mawar segar taman

(C1) 
Cuba kata rembulan mentari ku cinta
Cuba kata rembulan sang suria ku puja
Cuba kata purnama bintang itu peneman
Cuba kata purnama cinta mu di siang kemalam

 (C2)
Aku disini menanti cahaya cinta kembali
Walau sejuta tahun terpisah cinta tetap disini
kerana terangnya cintamu tidak secerah cintaku
Fahamilah kasihku ini BUKAN FANTASI.

 (1)
Berkicauan burung di taman hati
Mengalunkan lagu suci untuk mu
Terimbas kenangan silam
Tika  Syahdu rindu ini