Sunday, April 29, 2012

Analisis Bersih 3.0 : Dari Mata Ketiga

Di mana anda pada masa ini? (Gambar Hiasan)

Satu hari selepas Bersih 3.0…..

Selagi lagi perjuangan untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dicemari dengan keganasan. Baik dari pihak polis mahupun mereka yang berdemonstrasi, semuanya hanya dapat satu ; PENAT. Mengapa perlu begini? Tuntutan tidak akan dipenuhi dengan keganasan semata-mata. Kita sepatutnya pergi dengan ideologi sendiri dan bukan sekadar mengikut orang. Buka mata dan pasang telinga, dan lihat sendiri kejadian yang berlaku.

Ini tidak sepatutnya berlaku....
Bila ada yang menimbulkan provokasi, kita tidak sepatutnya mengikut sama, kerana sudah jelas pihak penganjur menyatakan ini adalah PERHIMPUNAN AMAN. Akan tetapi, pekara sebaliknya berlaku, sehingga ada kematian. Pihak polis yang hanya menjalankan tugas hampir-hampir dipukul, begitu juga dengan penyokong perhimpunan.  Sedar tak apa yang anda buat sekarang? Tujuan langsung sudah lari. Sama saja kalau anda semua memukul pencuri yang terikat. Tidak kira sama ada dia betul atau salah, yang penting anda dapat ‘melepaskan geram’.

Kemunculan kumpulan berbaju putih menjadi pencetus kepada keganasan yang berlaku. Kumpulan ini telah merempuh ‘barricade’ menyebabkan mereka yang lain berpusu-pusu cuba masuk. Bila tak dapat masuk, mereka mula membaling botol kepada pihak berkuasa. Keadaan yang aman dari pagi mula menjadi kucar-kacir. Akan tetapi, siapa pula mereka yang berbaju putih itu? Jika mereka mahu melakukan provokasi, kenapa perlu menunggu lama untuk dilakukan? Di sebalik kereta polis yang dipecahkan, timbul persoalan tentang identiti pemandu yang membawa kereta polis tersebut. Dikhabarkan bahawa pemandu kereta tersebut bertopi keledar serta berseluar pendek. Takkan polis pakai macam tu?

Banyak lagi persoalan yang akan timbul jika kita memikirkannya dengan tenang. Yang pasti, keganasan tidak membawa faedah.

Satoshi Ken_G : Ikut hati = mati, ikut rasa = binasa, ikut syaitan = gelap masa depan..

Nantikan analisis dari mata kedua, mereka yang pergi sendiri….

Thursday, April 26, 2012

Gambar Separa Bogel Medal Sukan Oimpik 2012???


Medal Sukan Oimpik 2012

Saya baru melihat gambar medal yang akan diberikan kepada pemenang Sukan Olimpik 2012 di London, dan saya melihat sesuatu yang saya tak patut lihat. Mungkin juga saya tersilap, tapi mengikut maklumat yang dnyatakan dalam laman http://ryanseacrest.com/2012/04/18/7-surprising-facts-about-the-2012-olympic-medals-photos/ , gambar tersebut memaparkan dewa perempuan bernama Nike, dewa sukan yang memijak Parthenon untuk sampai ke Bandar tuan rumah. Maknanya, gambar yang dipaparkan itu memang gambar perempuan yang SEPARA BOGEL. Saya tahu sudah menjadi tradisi yang gambar Dewa Nike perlu dipaparkan pada setiap medal, tapi perlukan gambar separa bogel ini? Yang menghairankan, saya tidak nampak sebarang bantahan dipaparkan oleh negara Islam tentang gambar pada medal ini termasuk Malaysia sendiri. Apa sudah jadi? 

Satoshi Ken_G : Bila semangat kesukanan melebihi semangat keislaman.....
Shah S Ninety Nine : Apa yang penting kata Timbalan Menteri Senator Gan Ping Seu, atlet Malaysia perlu membawa pulang pingat Emas Olimpik untuk mereka memperolihi hadiah RM1 juta dari kerajaan malaysia, turut hadir Datuk Zolkples Embong...macam-macam hal....