Sunday, February 26, 2012

Kerana aku adalah Shah S Ninety Nine

Tajuk : Kerana aku adalah Shah S Ninety Nine
Dari : Shah S Ninety Nine @ S99

Aku bukan seorang sastrawan
Aku bukan juga seniman
Aku hanyalah insan ciptaan Al-Baqi
Aku hanya bintang di pentas duniawi

Usah di Tanya mengapa lorong ini ku pilih
Usah di Tanya mengapa waktu ini terpilih
Usah kau Tanya apa ku cari di taman ini
Usah kau Tanya apa yang telah ku lakar

Mencari Keindahan tanpa balasan
Mencari Kebahagiaan di balik tulisan
Mencari ketabahan di balik tirai fantasi
Mengalun keresahan di alam mimpi

Biarpun melati pergi dari taman ini
Biarpun kejora memandang sinis
Biarpun Bulan tidak sudi menatap
Biarpun mentari bukanya aku

Namun diri akan kekal bergini
Namun hati akan terus menari
Namun jiwa akan tetap berilusi
Namun jasad ini masih akan bermimpi

Kerana aku adalah mercu hidup ku
Kerana aku dalah bintang duniawi
Kerana aku tidak sendiri berilusi
Kerana aku adalah Shah S Ninety Nine

Al-Baqi bermaksud Maha Kekal


No comments:

Post a Comment