Tuesday, February 28, 2012

Perjanjian Hudaibiyah

Oleh Abdul Latip bin Talib
 Harga: RM 24.00 / RM 27.00
ISBN-13: 978-967-408-045-7
Tarikh Terbit: 27 Feb 2012
Jumlah Muka Surat : 264
Kategori: Novel Dewasa, Novel Islami, Novel Sejarah, Novel Sejarah Islam
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

 Bertitik tolak daripada mimpi Rasulullah SAW, beliau bersama 1,400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Kaum musyrikin Makkah yang tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah, sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.
Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat memihak kepada musyrikin Makkah. Namun, hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam. 
Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan seorang utusan Allah.

Novel Sejarah Islami...Pengunaan Bahasa Melayu Tinggi dalam setiap Karya terbitan PTS amat sesuai dijadikan buku bacaan para pelajar bagi mempertajamkan lagi pengunaan bahasa malaysia bagi subjeck Bahasa Malaysia dari sekolah rendah hinga kesekolah menegah.Komik-komik terbitan PTS juga mengunakan Bahasa Melayu Tinggi, amat sesuai untuk pelajar yang lemah dalam Subjeck Bahasa Malaysia.

Talhah bin Ubaidillah

Harga: RM 24 / RM 27
ISBN-13: 978-983-3892-83-9
Tarikh Terbit: 30 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 264
Kategori: Islam, Politik & Sejarah, Novel Dewasa, Novel Islami, Novel Sejarah, Remaja, Sejarah
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd



 Kisah hidup Talhah bin Ubaidillah. Beliau adalah antara 10 sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga.

Novel Sejarah Islami...Pengunaan Bahasa Melayu Tinggi dalam setiap Karya terbitan PTS amat sesuai dijadikan buku bacaan para pelajar bagi mempertajamkan lagi pengunaan bahasa malaysia bagi subjeck Bahasa Malaysia dari sekolah rendah hinga kesekolah menegah.Komik-komik terbitan PTS juga mengunakan Bahasa Melayu Tinggi, amat sesuai untuk pelajar yang lemah dalam Subjeck Bahasa Malaysia.

Serlahkan Aura Guru Super

Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-369-132-6
Tarikh Terbit: 31 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 272
Kategori: Pendidikan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Menjadi guru super bukan satu impian, tetapi satu kewajipan. Para pendidik wajib menjadi guru yang terbaik dalam perjuangan memandaikan anak bangsa.
Bukan mudah mahu menyantuni pelajar, melayan kerenah rakan sekerja, dan sekali gus mentadbir seluruh sekolah. Walau bagaimanapun, seorang guru super pasti dapat memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya.
Dalam buku ini, penulis berkongsi cerita, ilmu, dan pengalaman beliau mendidik para pelajar dan mentadbir sekolah. Kata-katanya bersulam nasihat, tegurannya lembut dalam ketegasan, dan didikannya meresap ke dalam hati. Antaranya adalah:
  • Kaizen dan penambahbaikan yang berterusan
  • Belajar daripada kejayaan orang lain
  • Menawan hati orang atasan dengan prinsip Pemimpin 360ยบ
  • Anak yang baik mendengar kata

Falsafah guru super:
  • Rancang dengan teliti,
  • Usaha tanpa henti,
  • Tukar impian jadi realiti,
  • Kerja sepenuh hati,
  • Kejayaan sama-sama dinikmati,
  • Rehat selepas mati,
  • Di akhirat syurga menanti.

Bahagian 1 : Benarkah Kata Pelajar…
Bab 1 Cikgu – Penyayang
Bab 2 Cikgu – Berwawasan
Bab 3 Cikgu – Motivator
Bab 4 Cikgu – Sumber Inspirasi

Bahagian 2 : Benarkah Kata Staf Sokongan…
Bab 5 Cikgu – Bercita-cita Tinggi
Bab 6 Cikgu – Bersungguh-sungguh
Bab 7 Cikgu – Teliti
Bab 8 Cikgu – Tidak Mengira Waktu, Tenaga dan Wang Ringgit
Bab 9 Cikgu – Menyinari, Membangun dan Memajukan SHAMS
Bab 10 Cikgu – Membimbing
Bab 11 Cikgu – Motivator
Bab 12 Cikgu – Memahami dan Prihatin
Bab 13 Cikgu – Tegas tetapi Berhati Lembut
Bab 14 Cikgu – Bertimbang Rasa dan Adil
Bab 15 Cikgu – Menghargai
Bab 16 Cikgu – Memberi Peluang Sama Rata Kepada Guru dan Staf Sokongan
Bab 17 Cikgu – Mesra Bekerja Dalam Satu Pasukan dan Mudah Didekati

Bahagian 3 : Benarkah Kata Guru…
Bab 18 Cikgu – Jurumudi dan Sumber Inspirasi
Bab 19 Cikgu – Motivator dan Penggerak Budaya Kerja Cemerlang
Bab 20 Cikgu – Membina Budaya Kerja Berpasukan
Bab 21 Cikgu – Berwawasan dan Berpandangan Jauh
Bab 22 Cikgu – Peneraju Kegemilangan
Bab 23 Cikgu – Menjana Budaya Kerja Penyu
Bab 24 Cikgu – Membudayakan Belajar Sepanjang Hayat
Bab 25 Cikgu – Bekerja Kuat, Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang
Bab 26 Cikgu – Pemergianmu Sukar Diganti
Bab 27 Cikgu – Baik, Berbudi dan Berjasa


Bahagian 4 : Benarkah Kata Guru Penolong Kanan…
Bab 28 Cikgu – Kreatif
Bab 29 Cikgu – Inovatif
Bab 30 Cikgu – Pemimpin yang Hebat
Bab 31 Cikgu – Pembimbing
Bab 32 Cikgu – Tegas Dalam Kelembutan
Bab 33 Cikgu – Mengambil Kira Kebajikan Semua
Bab 34 Cikgu – Mempunyai Kesabaran Tinggi
Bab 35 Cikgu – Teliti Dalam Melakukan Sesuatu
Bab 36 Cikgu – Ghairah Buat yang Terbaik
Bab 37 Cikgu – Berkeperihatinan Tinggi
Bab 38 Cikgu – Dapat Membuat Keputusan Cepat dan Tepat
Bab 39 Cikgu – Mesra dan Mudah Didekati
Bab 40 Cikgu – Mengaplikasi Kaizen
Bab 41 Cikgu – Kuat Bekerja
Bab 42 Cikgu – Berprinsip
Bab 43 Cikgu – Meninggalkan Hasil Kerja Cemerlang

Penutup
Lampiran 1: Teks Ucapan Wakil Pelajar
Lampiran 2: Teks Ucapan Wakil Staf Sokongan
Lampiran 3: Teks Ucapan Wakil Guru
Lampiran 4: Teks Ucapan Guru Penolong Kanan
Lampiran 5: Laporan Kajian Penanda Arasan di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban (petikan buku: Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia, IAB, 2005)

Urus Wang Semasa Gawat

Harga: RM 8.00 / RM 9.00
ISBN-13: 978-967-369-167-8
Tarikh Terbit: 1 Feb 2012
Jumlah Muka Surat : 96
Kategori: Bisnes & Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


Kalau hidup susah, hati resah, dan jiwa gelisah, SAH, anda perlukan buku ini. Hidup tenang walaupun berhutang? Jangan menipu diri sendiri. Kalau ada masalah wang, muka pasti tidak berseri. Jangan tunggu muflis, deritanya tidak terperi. Isteri pun lari, hidup sepi seorang diri.
Wang bukan segala-galanya, namun segala-galanya perlukan wang. Buku ini bukan buku ajaib yang dapat mengeluarkan wang kepada pembacanya. Namun, setiap helaian buku ini sangat berharga dan membantu kita menguruskan hal ehwal kewangan. Buku ini menyediakan:
  • Panduan mengurus dan menyelesaikan hutang
  • Panduan melabur semasa ekonomi gawat atau stabil
  • Cara menambah wang daripada sumber luar
  • Teknik hidup selesa dengan cara yang jimat
Memegang buku ini adalah langkah pertama mengurus kewangan yang berkesan. Tahniah. Anda adalah bakal jutawan yang akan memiliki dan menguruskan wang berjuta-juta ringgit





1. PERSEDIAAN ASAS - WAJIB BUAT
1.1 Persediaan Mental
1.2 Tujuh Kesilapan Kewangan
1.3 Petanda Masalah Kewangan
1.4 Wajib Tahu Aliran Tunai Kita
1.5 Nilai Aset Bersih
1.6 Laporan Sulit Kesihatan Kewangan
1.7 Cadangan Perisian Kewangan

2. HIDUP SELESA DENGAN BERJIMAT
2.1 Guna Kemudahan Teknologi
2.2 Pantau Gaya Hidup
2.3 Taktik Berkongsi
2.4 Memburu Potongan atau Diskaun
2.5 Selidik Kos Tersembunyi
2.6 Denda Diri Sendiri

3. PENGURUSAN HUTANG
3.1 Jenis-Jenis Pinjaman
3.2 Khidmat Agensi Kerajaan
3.3 Kaedah Konsolidasi Banyak kepada Satu
3.4 Kaedah Pemindahan Baki
3.5 Kaedah Pinjaman Peribadi
3.6 Kaedah Sandaran Overdraf
3.7 Kaedah Pelan Ansuran

4. TAMBAH WANG DARI SUMBER LUAR
4.1 Tip Mendapat Pinjaman
4.2 Menuntut Hutang dari Orang yang Berhutang
4.3 Kenapa Mesti Sediakan Pendapatan Sampingan
4.4 Penghalang Jana Pendapatan Tambahan
4.5 Kesilapan Semasa Menjalankan Perniagaan
4.6 Contoh Sumber Aliran Pendapatan Tambahan
4.7 Hati-hati Dengan Iklan Buat Duit Cepat

5. MELABUR SEMASA GAWAT
5.1 Apakah Personaliti Pelaburan Kita
5.2 Istilah-Istilah Pelaburan yang Wajib Diketahui
5.3 Dongeng Pelaburan
5.4 Instrumen Pelaburan 1 - Saham
5.5 Instrumen Pelaburan 2 - Unit Amanah
5.6 Instrumen Pelaburan 3 - Emas
5.7 Instrumen Pelaburan 4 - Perak
5.8 Instrumen Pelaburan 5 - Hartanah

Untuk Pembaca yang Masih Kabur
Bacaan Tambahan

Sunday, February 26, 2012

Kerana aku adalah Shah S Ninety Nine

Tajuk : Kerana aku adalah Shah S Ninety Nine
Dari : Shah S Ninety Nine @ S99

Aku bukan seorang sastrawan
Aku bukan juga seniman
Aku hanyalah insan ciptaan Al-Baqi
Aku hanya bintang di pentas duniawi

Usah di Tanya mengapa lorong ini ku pilih
Usah di Tanya mengapa waktu ini terpilih
Usah kau Tanya apa ku cari di taman ini
Usah kau Tanya apa yang telah ku lakar

Mencari Keindahan tanpa balasan
Mencari Kebahagiaan di balik tulisan
Mencari ketabahan di balik tirai fantasi
Mengalun keresahan di alam mimpi

Biarpun melati pergi dari taman ini
Biarpun kejora memandang sinis
Biarpun Bulan tidak sudi menatap
Biarpun mentari bukanya aku

Namun diri akan kekal bergini
Namun hati akan terus menari
Namun jiwa akan tetap berilusi
Namun jasad ini masih akan bermimpi

Kerana aku adalah mercu hidup ku
Kerana aku dalah bintang duniawi
Kerana aku tidak sendiri berilusi
Kerana aku adalah Shah S Ninety Nine

Al-Baqi bermaksud Maha Kekal


Friday, February 24, 2012

Salawat Nabi....Untuk Junjungan Ku.


Yaa Nabi Salaam ‘alaika
Yaa Rasul Salaam ‘alaika
Yaa Habib Salaam ‘alaika
Salawaatu’llah ‘alaika

Ashraqa’l Badru ‘alaina
Fakhtafat Minhu’l Buduru
Mithala husnika Maa r’aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Yaa Nabi Salaam ‘alaika
Yaa Rasul Salaam ‘alaika
Yaa Habib Salaam ‘alaika
Salawaatu’llah ‘alaika

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu;s-Sudoori

Yaa Nabi Salaam ‘alaika
Yaa Rasul Salaam ‘alaika
Yaa Habib Salaam ‘alaika
Salawaatu’llah ‘alaika

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa ‘arusa’l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama’l Qiblataini

Yaa Nabi Salaam ‘alaika
Yaa Rasul Salaam ‘alaika
Yaa Habib Salaam ‘alaika
Salawaatu’llah ‘alaika

Man-Ra’aa Wajhaaka Yas’ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka’s-Saafi’l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori

Yaa Nabi Salaam ‘alaika
Yaa Rasul Salaam ‘alaika
Yaa Habib Salaam ‘alaika
Salawaatu’llah ‘alaika

‘aalim-Us-Sirri- Wa Akhafaa





Yang Benar


………………………
Shah S Ninety nine(S99)

Tuesday, February 21, 2012

Tajuk : Mencari Abadi. Dari : Shah S Ninety Nine(S99)

Tajuk : Mencari Abadi.
Dari : Shah S Ninety Nine(S99)


Hendak ku kjar tak bisa
Kaki ku lemah hati ku lumpu
Hendak di renang ku juga tak bisa
Nafas ku tiada jiwa ku pergi

Mencari Sirna dalam dingin salju
Namun rembulan tidak kujung jelma
Mencari Abadi di alam fantasi kegelapan 
Namun ku temu melati yang pudar

Ingin sekali ku pancarkan Sinar
Tapi Khilaf kelmarin menghatui memori
Ingin ku hembus sakit yang membeku
Tapi hukum alam akan mengejar ku

Hati ku serah pada yang satu
Pinta di padam rencah jiwa
Hati ku bersujud pada mu Yaa allah
Pinta di hati ingin ku lenyap Cinta itu
Agar hanya kasih mu kekal abadi
Hinga jasad ku aman bersemadi

Sunday, February 19, 2012

Aku Sunyi : Dari S99

Tajuk:
         Aku Sunyi : Dari S99
Dari : 
       S99@Shah S Ninety Nine

Bila sakit hati meraung
Bila meraung hati menjadi perit
Mencari haluan untuk berlagu
Mencari melodi pengubat Kesunyian

Namun kesunyian membunuh akal
Namun kesunyian menutup mata
Akal Menjadi kelam untuk mentasif
Akal menjadi kelu bila berfikir

Kerana dunia tak seindah syurgawi
Kerana hasrat tak seindah kenyataan
Realiti tidak semegah mimpi
Realitinya aku Sunyi.

KRU - Penjunjung Namaku

Kumpulan yang paling aku minati dan membawa Gren Muzik yang aku minat sangat-sangat,Di kenali sebagai KRU yang membawa maksud Kumpulan Rap Utama.lagu yang aku minat sejujurnya berentak seperti lagu-lagu Kumpulan ini,Namun aku juga meminati kumpulan Exists.
Lagu pilihan dari KRU dan EXISTS dalah :-
1)KRU-Penjunjung Namaku....
2)EXISTS-Untukmu Ibu....

So ape lagu pilihan korang.....



Friday, February 17, 2012

Yang Mampu Ku Beri : Dari S99

 Tajuk :
           Yang Mampu Ku Beri.
Dari :
        Shah S Ninety Nine @ S99

Mencari kata di balik tulisan
Mencari maksud di balik hati
Mencari memori di alam mimpi
Mencari jalan hidup yang abadi

Gelora di redah sebagi janji
Gelora di harung demi hidup ini
Kerana hujudnya tali dunia
Kerana hukum alam semesta

Inilah realiti hidup tak seindah ilusi
Inilah dunia ciptaan ilahi penuh warna warni
Inilah janji yang tersemat di hati sebelum lahir kemari
Inilah jua yang mampu ku beri sebagai khalifa di alam ini

Sunday, February 5, 2012

Wahai Purnamaku.:Dari S99

Tajuk :
          Wahai Purnamaku.
Dari :
        Shah S Ninety Nine@S99

Bagai mana harus ku katakan aku tidak mampu
Sedangkan pada zahirnya nafasku terukir bayangmu
Bagai mana hendak aku lepaskan naluri ini
Sedangkan realitinya aku telah terpaut pada kidungmu

Relaku menanti saat-saat terindah
Walau ahirnya nyawaku galah gantinya
Relaku titiskan darah ini
Walau belum pasti dapat menatap zahirmu

Biar bintang menemani malam
Namun hanya rembulan ku puja
Biar Bulan di pagar bintang
Namun Cahayaku yang menemanimu

Andai tibanya saat aku megah berdiri
Aku mahu kau tahu yang akulah mentarimu
Andai saatnya tidak kujung tiba
Aku rela menjadi punguk yang memuja mu Wahai Purnamaku.

Saturday, February 4, 2012

Aku Korbankan Cinta:Dari S99

 Shah S Ninety Nine@S99 
Tajuk :
          Aku Korbankan Cinta
Dari :
         Shah S Ninety Nine@S99

Sedalam mana rindumu
Sejauh mana kasihmu
Setingi mana sayangmu
Seluas mana cintamu

Andai Kelmarin mampu kembali
Tak mungkin hatimu ku curi


Walau purnama tak kunjung
Kasihku tetap disini
Walau Mentarikan padam
Kasihku untukmu menyala


Andai lautan berbintang
Akanku renang untukmu
Namun hakikinya ia tingi
Jasadku tak sampai mendakap

Kumenanti esok untuk mencurah hasrat
Namun masa menutup misi ini
Segala janji akan di mungkiri
Kerana keseksaan ini harus tangung sendiri

Andai Kelmarin mampu kembali
Tak mungkin hatimu ku curi
Kerana jika ku pergi
Mencintaiku itu membunuhmu

Walau bertapa besarnya pengorbananmu
Namun aku korbankan cinta ini
Kerana kau akan kecewa akhirnya.