Sunday, April 17, 2011

BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.

Analisis segera: 5 faktor kekalahan PAS di S'wak

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera

Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.

Kempen lambat

Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.

Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin

Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.

Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.

Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu

Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu....

S99 : Tahniah di ucapkan kepada seluruh jentera dan parti komponen Barisan Nasional BN,kerana berjaya mengekalkan kedaulatan anda di Sarawak..kepada rakyat-rakyat Sarawak,anda pastinya akan terus berbahagia disamping kepimpinan BN Sarawak,di mana saya sendiri ingin melihat adakah nasib dan kualiti hidup seluruh rakyat bumi Kenyalang ini akan lebih terbela selepas ini,di mana segala kemudahan seperti kemudahan pendidikan, laluan yang lebih altenatif untuk seluruh rakyat negeri berdaulat ini,kemudahan kesihatan,kebajikan anda semua,kemajuan yang telah di janjikan serta kekayaan Bumi bertuah ini dapat di mafaatkan oleh seluruh rakyat BuMi KenYalanG seperti mana di janjikan oleh BN sebelum ini dan bertahun-tahun dahulu dapat anda nikmatinya dan bukan sekadar manifosto kosong untuk memikat hati rakyat bumi bertuah ini.

Apepun seperti yang saya jangkaat BN tidak akan memiliki masalah untuk mengekalkan majoriti 2/3 kursi kerana seperti saya lihat dimana sahaja ada bangsa Malaysia yang miskin,merempat,mengemis sehingakan perlu Stesyen talivision Swasta Media Prima TV3 memperomosikan golongan ini dalam Rancangan Bersama mu dengan penuh dramtik dan titisan airmata di sanalah saya lihat BN akan bekuasa dan akan menang besar setiap kali ada pilihan Raya..jadi tidak perlulah kita persoalkan lagi kenapa kita miskin dan merempat di bumi kebanggaan kita sendiri?jawapanya ada pada kita.kita sendiri yang lebih rela rebah menyebah bumi tercinta ini, dari berubah untuk memilih kerajaan baru.siapa yang perlu kita persalahkan sekiranya kita miskin,merempat,anak-anak generasi kita bodoh kerana tidak mendapat pendidikan sewajarnya.kita yang salah kerana rela membiarkan BN membolot semuah kekayaan yang patot menjadi hak kita.kita yang salah kerana terlalu percaya kepada BN yang kononya mampu menyelamatkan bangsa Malaysia dari belengu kesusahan sedangkan telah berpuluh tahun mereka membuktikan kegagalan mereka memerintah .namun kita masih lagi memberi kepercayaan kepada mereka dan mereka akn terus mengkhianati kepercayaan itu..sampai bila kita harus bergini..mungkin selama-lamanya selagi kita masih terlalu tabsub pada pimpinan BN.BN dulu kini dan selamanya adalah pengkhinat negara yang kita pilih.Tahniah untuk semua Rakyat Sarawak.

Kepada semua jentera kepimpinan Pakatan Rakyat PR..perbaiki lagi diri kita,ini baru permulaan kita masih perlu berjuang.jangan leka selagi hayat di badan teruskan perjuangan dengan hati yang murni dan iklas dan bukannya kerana agenda sendiri.tabah,sabar,iklas usaha yang gigih tnpa henti dan doa kepada ilahi adalah kunci utama kejayaan kita...somoga terus berjuang..

wasalam...





No comments:

Post a Comment