Tuesday, April 26, 2011

Scorpenes, Altantuya to make waves in France when open court starts May-June





UPDATE3 Malaysian civil rights group SUARAM expects its corruption lawsuit filed against French naval arms firm DCNS to move into open court and hearings to begin in May or June.

This will pave the way for Malaysians to finally get access to details of a highly questionable RM6.7billion ringgit submarines deal entered into by their defense ministry in 2002, and kept top secret by Prime Minister Najib Razak.

DCNS was the vendor of the submarines and Najib has been accused of benefiting his close friend Razak Baginda with a 114 million euros commission in the deal.

"There is substantial evidence of corruption and some of it is new information of new corruption uncovered during investigation. Some of this could be sensitive or embarrassing to the Malaysian government but that is part of the process of helping Malaysian taxpayers recover their money lost through corrupt deals,” SUARAM board member Cynthia Gabriel told Malaysia Chronicle.

Investigative judge


SUARAM had in December 2009 filed an initial suit against DCNS at the Paris courts for “active and passive corruption, trading of favours and abuse of corporate assets” after failing to make any headway with the Malaysian government, which refused to impart any details despite constant grilling by opposition lawmakers in Parliament.

The deal agreed between Najib, who was then the Defense minister, and DCNS involved the sale of two Scorpene and one Agosta submarines to the Malaysian government.

Under the 2000 OECD convention of which France is a party, anyone French individual or company found to be involved in corrupt deals with foreign governments can be punished with 10 years imprisonment and a Euro 150,000 fine. This ruling provided the impetus for the SUARAM move to try and recover taxpayers' money lost through improper transactions.

"We have already applied for an investigate judge to preside at the open court. This will make the hearings more independent and we will certainly be pressing him to order further and more detailed investigations," said Cynthia.

Indeed, a French government-appointed judge may be less neutral given that the influential DCNS is one of France's largest firms.

The Altantuya sex and C4 murder

A sensational aspect of this high-stakes deal is the murder of 28-year old Mongolian national Altantuya Shaariibuu, a translator and intermediary who allegedly acted a a go-between for Razak Baginda and the French firm. She was killed in Kuala Lumpur with C4 explosives in a jungle clearing in Shah Alam after she purportedly tried to pester Baginda for her share of the commission.

Two of Najib's former bodyguards have been sentenced to hang for her killing but their court trial has been slammed as unfair. The former cops claimed they had been paid RM100,000 to kill Altantuya but this testimony was rejected by the Malaysian trial judge, who also warded off all attempts by defense counsels to ask the accused, who had ordered them to kill Altantuya.

French newspaper La Liberation has reported that the beautiful Altantuya, who could speak 4 languages including Russian, had told the two assassins she was pregant and had pleaded for her life before they shot her in the head, wrapped the C4 around her body and then detonated the explosives that are available only to the military in Malaysia.

A private investigator hired by Baginda has stated that it was Najib who met Altantuya at a diamond show in Singapore, and they had an affair before he 'passed' her over to Baginda.

But while Altantuya will feature in the French trial, the greater portion of the hearings will be centred on the submarines and the costing of the transactions between DCNS and the Malaysian government.

2.5million euros just for Razak Baginda's and Altantuya's travels

Among witnesses may be former DCNS administration and financial manager, Gérard-Philippe Menayas, who had been questioned by French police involving a similar case in Pakistan. Gerard has admitted having evidence to substantiate the kickbacks involved in the Malaysian deal.

Initially, it was suspected that Amaris, a subsidiary of DCNS and Thalès, had paid the 114 million euros commission to a Malaysian company called Perimekar, which headed by Baginda's wife..

However, the latest information show that it was not Armaris but the Malaysian government which paid the 114 million euros to Perimeka,r so as to enable the French firm to circumvent the OECD convention.

It is worth noting that this contrasts with the explanation given by deputy Defense minister Zainal Abidin Zin to Parliament in 2006 in which Zainal had said it was the Malaysian government which had paid a US$100 million commission for the deal to buy three submarines.

Meanwhile, two new pieces of evidence that have been uncovered include a payment of 30million euros by DCNS to its one of its own units and a 2.5million euros payment to a still-unidentified intermediary.

“Our investigators are still probing the intermediary but we have found out that a company called Gifen was established in Malta by one Jean-Marie Boivin to facilitate monetary transfers for the purpose of financing Baginda's and Altantuya's travels,” Gabriel added.

S99 : Apparently NOT DONE AGAIN THIS CASE.although this case is very strange, but if you all ever wondered .. could do it like any razak sedangakan person should be able to do things like this are those who have positions such as TPM and PM ... so let's ponder ...

Monday, April 25, 2011

..Video seks Anwar


tak perlu sumpah mubahalah

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan “Datuk T” terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

“Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

“Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?” soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

“Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

“Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu,” kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

“Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan,” kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat,” tambah beliau.

s99 : orang-orang yang menyuruh anwar bersumpah ni semua tahu atau tidak apa itu sumpah?atau main bantai sebut je???

Sunday, April 24, 2011

1Malaysia hanya gimik Politik najib



Fiasco 1Melayu buktikan Najib 'satu lagi Pak Lah'

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata reaksi yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan Utusan Malaysia agar konsep “1Melayu, 1Bumi” diutamakan membuktikan beliau tidak lagi mempunyai kuasa dalam partinya sendiri.

Malah kata Lim, Najib boleh diibaratkan sebagai 'pak turut' yang menjejaki langkah presiden Umno sebelum ini, Tun Abdullah Badawi.

“Soalan yang diingin diketahui ramai sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi seorang lagi Pak Lah (Abdullah), perdana menteri kelima yang tidak mengendalikan Umno meskipun beliau adalah Presiden Umno sehingga menyaksikan beliau dipaksa bersara sebagai ketua Umno dan perdana menteri,” kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

“Jawapan semakin diperlukan selepas pendirian Najib yang langsung tidak boleh diterima berhubung cadangan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan,” kata Lim.

Beliau juga membidas perdana menteri yang memberikan alasan dayus bahawa kenyataan rasis yang disiarkan akhbar milik Umno itu adalah pendapat peribadi penulisnya.

Semalam, Najib berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia bukan pandangan kerajaan.

"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita,” katanya.

Menurut pemimpin veteran DAP itu, cadangan Utusan tersebut ibarat satu tamparan terus ke muka perdana menteri yang sebelum ini sibuk mencanang-canangkan konsep 1Malaysia yang kononnya bagi menyatukan rakyat pelbagai bangsa di negara ini.

Katanya, alasan Najib tidak dapat diterima, khususnya akhbar bahasa Melayu itu adalah 'lidah rasm' Umno dan laporannya menggambarkan pandangan pemimpin Umno dalam kerajaan.

S99 : macam mana kita nak menjaga kedaulatan melayu tanpa menyingung perasaan bangsa lain?ayuh kita fikirkan.

Sketsa Video seks Dato' Seri Anuar Ibrahim.3gp



Filem Omega yang tercicir...

Aku tercari-cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan.

Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu.

Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya: Di mana Galeri le Atalier?

"Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?" Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya.

Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini menunjuk bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini menghulurkan kad niaganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kasih. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan menuju ke bangunan itu.

Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk keseorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar.

Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul-betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi.

"Kau tahu… aku dapat panggilan telefon... bukan sekali... tiga kali... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar.

"Apa hal dengan Gombak pulak?" jawab suara lelaki yang agak halus.

"Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun di sana. Kau kelentong buat di LA. Hei… dengan aku kau jangan nak kelentong."

"Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Sejak bila boroi. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang VCD aku nak tunjuk.'

Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin VCD sedang berputar. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem.

"Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem?" Suara jantan ini makin marah.

"Tak dapat potong yang ini... itu pasal si pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.'

Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa di sini sarangnya. Aku merasa begitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem mereka cukup hebat.

Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas-desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat 'Jangan Tinggalkan Jandaku'. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur.

"Kau kenal Datuk SK… Kenapa dia buat heboh di akhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Gila… mana orang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Kalau nak menipu… tipu betul-betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkunci… "

Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab: "Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu."

Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk.

Lelaki yang duduk di sebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut Dia terus bersuara: “ Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?'

Aku mengeleng kepala.

"You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Um. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.'

Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu.

"Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?". Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak.

"Hoi! kau orang bertiga ini kalau nak berlakon kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi. Watak boroi ada… filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir...

S99 : Pada mana-mana yang nak jadi pelakon yang mudah mendapat bayaran jutaan ringgit,sila uji bakat bersama trio Dato' T..segala yuran pendaftaran adalah percuma...calon keutamaan adalah mereka yang mampu meniru segala pergerakan dan raut wajah DSAI.tertakluk pada terma dan syarat.

AC MIZAL KINI AHLI UMNO...

AC MIZAL semasa zaman kegemilanganya bersama kumpulan Rap 4U2C

Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata, beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita pada program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.


"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.

AC Mizal berkata, beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang anggota biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahiran Muar, Johor itu berkata, beliau turut memilih untuk bersama-sama UMNO Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya manakala isterinya berasal dari sini.

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata, beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.



S99 : Agak-agak kalu s99 artis popular macam KRU, bila sertai umno dapat pangkat senator atau dato'k x?hahahahaha...renung-renungkan dan selamat beramal.

AC MIZAL SERTAI UMNO


AC MIZAL TOLAK SERTAI PEMBANGAKANG!

Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya...

"Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari Ipoh.

Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

S99:WAH sayapun nak join umno jugak la..huhuhuhuhu...
apapun kita jangan sesekali berfikiran negetif pasal isu-isu remeh ini,baik kita tumpukan pasal pembangunan rakyat dan negara. semoga ALlah memberkati kita.wasalam...

Saturday, April 23, 2011

PDRM Tidak AKAN Menyorok Di Balik Tiang Lagi



SHAH ALAM, 23 April – Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.



Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

“Jangan terkejut bila kena saman…kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Selain daripada peningkatan kehadiran polis bagi meningkatkan disiplin pemandu, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka, katanya.

Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterism dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya.

Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Liputan media terhadap isu negatif yang melibatkan golongan belia seperti rempit, buang bayi, pergaulan bebas, penagihan dadah dan pil-pil khayal semakin menguatkan perasaan kurang senang masyarakat terhadap belia kita pada hari ini tetapi persepsi negatif ini perlu diperbetulkan, ka

BENARKAH Pembangkang hanya mampu jual janji?




Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, parti pembangkang hanya mampu menjual janji menerusi manifestonya ”Jom Ubah Sarawak” pada pilihan raya negeri 16 April ini sedangkan mereka tidak mampu melaksanakannya.
Sebaliknya, tegas Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan terutama melibatkan prasarana walaupun di luar waktu pilihan raya.
“Pembangkang hanya buat janji, bukan jaminan tetapi manifesto BN merupakan usaha yang sedang berjalan.
”Buktinya kita melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan kita beri keutamaan dari segi pembangunan prasarana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat (CMC) …

Obama heckled at S.F. fundraiser



As President Obama addressed the crowd at a breakfast fundraiser in San Francisco Thursday, he fielded some audience input that he wasn't bargaining for.

A woman in the crowd suddenly rose from her seat and said: "Mr. President, we wrote you a song," according to the White House pool report. The president attempted to quiet her, but the woman and her table of donors at the St. Regis Hotel breakfast broke into song and raised signs that read "Free Bradley Manning"--the Army intelligence specialist accused of releasing diplomatic cables to WikiLeaks. Yesterday, it was reported that Manning had been moved to a less restrictive prison following pressure from human rights groups.

The protesters said they had spent $5,000 donating to Obama. "We'll vote for you in 2012, yes that's true. Look at the Republicans--what else can we do?" they reportedly chanted.

"We paid our dues. Where's our change?" they sang.

You can watch a clip of the protesters below, via the San Francisco Chronicle:

As the protesters sang, the pool report notes that Obama turned to Minority Leader Nancy Pelosi, who represents San Francisco, to ask if she was responsible for the interruption. "Nancy, did you do this?" he reportedly asked. Her look said she did not, according to the report.

The woman who first addressed the president was escorted out of the room and Obama told the crowd "that was a nice song."

He quickly resumed his speech.

Adam Martin reports for Atlantic Wire that the song lyrics can be found on the website for Fresh Juice, a group that offers money in exchange for video of people singing its songs in public. "Fresh Juice appears to be linked to Courage to Resist, an activist group that supports members of the military who go against U.S. war efforts," Martin wrote.

Austrian authorities reveal find of buried treasure



VIENNA A man turning dirt in his back yard stumbled onto buried treasure — hundreds of pieces of centuries-old jewelry and other precious objects that Austrian authorities described Friday as a fairy-tale find.

Austria's department in charge of national antiquities said the trove consists of more than 200 rings, brooches, ornate belt buckles, gold-plated silver plates and other pieces or fragments, many encrusted with pearls, fossilized coral and other ornaments. It says the objects are about 650 years old and are being evaluated for their provenance and worth.

While not assigning a monetary value to the buried bling, the enthusiastic language from the normally staid Federal Office for Memorials reflected the significance it attached to the discovery.

"Fairy tales still exist!" said its statement. "Private individual finds sensational treasure in garden."

It described the ornaments as "one of the qualitatively most significant discoveries of medieval treasure in Austria."

The weekly Profil magazine identified the man only as Andreas K. from Wiener Neustadt, south of Vienna, and said he asked not to be named.

While he found the ornaments in 2007, Andreas K. did not report it to the memorials office until after rediscovering the dirt-encrusted objects in a basement box while packing up after selling his house two years ago, said Profil. The soil had dried and some had fallen off, revealing precious metal and jewels underneath.

He initially posted photos on the Internet, where collectors alerted him to the potential value of the pieces, leading him to pack them in a plastic bag and lug them to the memorials office, the magazine said in its Friday edition.

Neither Profil nor the memorials office statement said when Andreas K. first alerted Austrian authorities and it was unclear why they waited until Friday to announce the discovery.

Memorials office president Barbara Neubauer told Profil the objects were a "sensational find."

The magazine said the finder was not interested in cashing in on the trove and was considering loaning the collection to one of Austria's museums.

Sunday, April 17, 2011

SNAPP Tumbang akibat tingalkan PR

SNAP hilang deposit kecundang angkara Ego

S99 : jika tidak kerana SNAPP meningalkan Pakatan Rakyat PR,mungkin tidak Hampir kesemua 26 calon Parti Kebangsaan Sarawak itu hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, kecuali calonnya, Toh Heng San yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas.

Sekiranya mengikut perancangan yang di atur rapi oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).sudah pasti SNAPP tidak akan menerima nasib seperti ini.malahan mungking PR yang di angotai oleh PAS,PKR adan DAP akan memperolihi kemenangan yang lebih besar dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10.mungkin inilah akibat dari sikap Kepimpinan SNAPP yang keras kepala sehingakan mereka kehilangan hampir semua wang pertaruhan, S99 rasa mereka perlu terima kekalahan ini dan mungkin perlu membubarkan sahaja parti SNAPP ini.kerana kehadoran mereka langsung tidak diperlukan oleh Rakyat.

Calon-calon SNAPP merupakan antara 71 calon, termasuk 36 calon bebas, yang hilang wang pertaruhan berjumlah RM355,000 iaitu RM5,000 seorang.korang semua Fikit sikit ke wang berjumlah RM355,000.dah macam orang kalah judi.

Selain itu, enam calon PKR dan empat calon Parti Cinta Malaysia (PCM) turut hilang wang pertaruhan.ini jugak saya terfikir.adakah perkara ini tidak dikirakan sebagai judi????

Kesemua mereka kehilangan wang pertaruhan itu setelah mendapat undi kurang daripada satu per lapan atau kurang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dalam kerusi DUN yang ditandingi mereka.jadi sudah terang ini boleh di katakan judi.tetapi kita patut tanya pada yang arif tentang perkara ini,paling mudah kita tanya je imam dan Ustaz di surau-surau dan masjid tempat kita beribadat.

Daripada 41 calon bebas yang bertanding, hanya lima orang yang berjaya mendapat balik wang pertaruhan termasuk George ak Lagong.

Beliau memenangi kerusi DUN Pelagus dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional Stanley Nyitar @ Unja ak Malang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon PKR, Edward Sumbang ak Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Calon bebas yang mendapat undi paling kecil ialah Mathew Munan yang hanya memperoleh 27 undi bagi kerusi DUN Belaga daripada jumlah pengundi seramai 5,913 orang.

Penyandang kerusi DUN Pandungan Dominique Ng Kim Ho yang bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kali ini turut kehilangan wang pertaruhannya dengan mendapat 439 undi.

Dalam pilihan raya negeri 2006, Ng yang bertanding atas tiket PKR telah memenangi kerusi itu dengan memperoleh 1,417 undi.

P/S.S99 : Tahniah kepada semua 15 calon PR yang memenangi pilihan raya negeri Sarawak ke-10.ini adalah permulaan untuk kita mencapai kegemilangan. Wasalam....

Adakah sarawak Akan kekal Milik BN Selamanya?

Sarawak bukan lagi 'simpanan tetap' BN.

Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya.

Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR - seorang muka baru - menewaskan timbalan menteri dari SPDP.

Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru.

PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba'Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian - walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi - tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak.

Dan apa yang sudah jelas ialah kemenangan besar DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya

S99 : adakah kemenangan ini akan membawa makna besar kepada PR?di harap seluruh angota-angota PR tidak mudah lupa yang mereka masih belum cukup kuat untuk menumbangkan kekuatan Angota-angota BN yang teryata cukup berpengalaman dan licik dalam mengatur strategi bagi mengekalkan kuasa mereka di negara ini.mereka mampunyai kebijaksanan dan pakar dalam semua bidang bagi memastikan lawan mereka terutama PR tidak mampu mewaskan mereka.apa yang kita ada hanyalah menarik lebih ramai lagi Parti pembangkang untuk menyertai PR supaya jumlah undi pecah semakin berkurangan ini kerna jika semakin banyak undi pecah,ia hanya menguntungkan BN.selain itu kita juga akan semakin kuat apabila bersatu bak kata perpatah Bersatu teguh bercerai roboh.kita semua hanya ada Satu misi yang sama.menumbangkan Rejim Barisan Nasional BN dan membawa kemakmuran kepada semua peduduk Malaysia dan Sarawak..wasalam...

Janji Taib di SARAWAK


Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".

Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan
baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.

"Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan.

"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya.

Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi,
dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai 63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1).

PKR juga berjaya menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri George Chan di kerusi Piasau.

PAS bagaimanapun gagal di lima kerusi yang ditandinginya semalam. Bagaimanapun, kepimpinan parti itu menyifatkan jumlah undi yang
diterima calonnya di kawasan majoriti Melayu-Melanau adalah menggalakkan, dan menunjukkan parti Islam diterima rakyat negeri itu.

Sementara itu Bernama melaporkan, Taib berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus menyokong BN dan memberi mandat kepada parti itu membentuk kerajaan.

Menurutnya, kemenangan BN pada pilihan raya negeri hari ini membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan budaya politik negatif yang cuba dibawa pakatan parti pembangkang dari luar.

Katanya rakyat Sarawak tidak dapat menerima cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka, perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut.

"Saya akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak menguntungkan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya.

Taib berkata pembangkang menyatakan bermacam-macam perkara untuk menang pilihan raya tetapi rakyat Sarawak masih percayakan BN dan perasaan bersangka baik terhadap BN masih ada di kalangan kebanyakan rakyat.

"Ini semua propaganda... propaganda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dulu dia dakwa tsunami pilihan raya 2008... tetapi dia tak menang pun. Di Sarawak dia cakap menang dan dah lantik ketua menteri," katanya.

Taib berkata langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke seluruh pelosok Sarawak untuk berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka membawa kesan positif.

"Rakyat nampak kerajaan pusat beri perhatian lebih kepada Sarawak. PM pun tahu Sarawak perlu mempunyai dasar mengejar kemajuan untuk melaksanakan program NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) luar bandar yang meliputi kemudahan air, elektrik dan jalan,"
katanya.

Ketua Menteri itu juga meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kerajaan pusat berdiri di belakang Sarawak khususnya menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk sama-sama membangunkan negeri dan membina lebih banyak infrastrukur.

Taib berkata keputusan pilihan raya hari ini adalah sesuatu yang diduga berdasarkan keadaan semasa tetapi apa yang penting BN tetap terus membentuk kerajaan untuk terus memajukan Sarawak.

Mengenai masyarakat Cina yang jelas lebih berpihak kepada DAP, beliau berkata mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir.


S99 : persoalannya...adakah selama ini rakyat cina Sarawak tidak terpingir selama bersama PBB-BN??adakah dengan lbh 50thn bersama BN msh tidak cukup untuk membuktikan bahawa Rakyat Cina dan sarawak terpingir sedangakan hanya beberapa saat sahaja Rakyat sarawak bersama DAP-PR sudah terpingir ataupun Tan sri Taib bersama sekutu BN di ketuai Najib Razak cuba mengugut rakyat dengan kata-kata ini."Mereka(kaum cina)perlu membuat keputusan sama ada untuk kekeal bersama DAP atau akan terpingir." ini adalah salah satu ugutan,sepatutnya PBB-BN tidak perbersifat pilih kasih sekiranya jujur dan iklas untuk membantu rakyat.kepada semua kawan-kawan di luar sana fikir-fikirkan kata-kata Taib mahmud itu.wasalam..

BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.

Analisis segera: 5 faktor kekalahan PAS di S'wak

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera

Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.

Kempen lambat

Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.

Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin

Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.

Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.

Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu

Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu....

S99 : Tahniah di ucapkan kepada seluruh jentera dan parti komponen Barisan Nasional BN,kerana berjaya mengekalkan kedaulatan anda di Sarawak..kepada rakyat-rakyat Sarawak,anda pastinya akan terus berbahagia disamping kepimpinan BN Sarawak,di mana saya sendiri ingin melihat adakah nasib dan kualiti hidup seluruh rakyat bumi Kenyalang ini akan lebih terbela selepas ini,di mana segala kemudahan seperti kemudahan pendidikan, laluan yang lebih altenatif untuk seluruh rakyat negeri berdaulat ini,kemudahan kesihatan,kebajikan anda semua,kemajuan yang telah di janjikan serta kekayaan Bumi bertuah ini dapat di mafaatkan oleh seluruh rakyat BuMi KenYalanG seperti mana di janjikan oleh BN sebelum ini dan bertahun-tahun dahulu dapat anda nikmatinya dan bukan sekadar manifosto kosong untuk memikat hati rakyat bumi bertuah ini.

Apepun seperti yang saya jangkaat BN tidak akan memiliki masalah untuk mengekalkan majoriti 2/3 kursi kerana seperti saya lihat dimana sahaja ada bangsa Malaysia yang miskin,merempat,mengemis sehingakan perlu Stesyen talivision Swasta Media Prima TV3 memperomosikan golongan ini dalam Rancangan Bersama mu dengan penuh dramtik dan titisan airmata di sanalah saya lihat BN akan bekuasa dan akan menang besar setiap kali ada pilihan Raya..jadi tidak perlulah kita persoalkan lagi kenapa kita miskin dan merempat di bumi kebanggaan kita sendiri?jawapanya ada pada kita.kita sendiri yang lebih rela rebah menyebah bumi tercinta ini, dari berubah untuk memilih kerajaan baru.siapa yang perlu kita persalahkan sekiranya kita miskin,merempat,anak-anak generasi kita bodoh kerana tidak mendapat pendidikan sewajarnya.kita yang salah kerana rela membiarkan BN membolot semuah kekayaan yang patot menjadi hak kita.kita yang salah kerana terlalu percaya kepada BN yang kononya mampu menyelamatkan bangsa Malaysia dari belengu kesusahan sedangkan telah berpuluh tahun mereka membuktikan kegagalan mereka memerintah .namun kita masih lagi memberi kepercayaan kepada mereka dan mereka akn terus mengkhianati kepercayaan itu..sampai bila kita harus bergini..mungkin selama-lamanya selagi kita masih terlalu tabsub pada pimpinan BN.BN dulu kini dan selamanya adalah pengkhinat negara yang kita pilih.Tahniah untuk semua Rakyat Sarawak.

Kepada semua jentera kepimpinan Pakatan Rakyat PR..perbaiki lagi diri kita,ini baru permulaan kita masih perlu berjuang.jangan leka selagi hayat di badan teruskan perjuangan dengan hati yang murni dan iklas dan bukannya kerana agenda sendiri.tabah,sabar,iklas usaha yang gigih tnpa henti dan doa kepada ilahi adalah kunci utama kejayaan kita...somoga terus berjuang..

wasalam...